in , ,

Sekitar Tayangan Media Filem PUAKA TEBING BIRU

Semalam telah berlangsungnya satu majlis tayangan media bagi filem Puaka Tebing Biru, sebuah garapan dan arahan pertama saudara Osman Ali.

Tentu ramai juga yang tidak mengenali Osman Ali kerana sebelum ini beliau adalah seorang pengarah yang giat menghasilkan filem bebas (Independant Movie). Seingat saya, dulu beliau pernah menghasilkan sebuah filem yang telah mencetuskan kontroversi. Kalau anda masih ingat Filem Bukak Api, anda pasti dibayangi oleh gaya pengarahan Osman yang gemar berterus terang dalam karya beliau.

Untitled-3
Memang puaka tebing biru ini berpuaka. Sehinggakan posternya yang dah elok-elok warnanya dah jadi warna biru bila diletakkan di blog ini. Berseriau. Naik habis bulu roma!

Filem Puaka Tebing Biru adalah filem pertama arahan Osman yang diketengahkan sebagai filem komersial. Setelah habis sahaja menonton, saya rasa kagum dengan hasilnya.

Saya rasa, filem ini perlu anda tonton. Ianya bergenre seram, namun elemen-elemen kasih sayang yang diterapkan memang menjadi! Filem ini membuktikan pada saya, untuk menggamit air mata dari penonton tidak semesti menggunakan elemen Bollywood. Ops!

Banyak benda sebenarnya saya ingin ceritakan pasal keunikan dan pengisian dalam filem. Namun, saya simpan kerana masa tidak mengizinkan.

Dsc_0061

Saya akan mengulas dengan panjang lebarnya kemudian. Harap bersabar ya. Foto-foto red karpet pun masih diperam lagi ni, tunggu giliran sahaja untuk disiarkan di sini.

Terima kasih banyak kepada Tayangan Unggul yang sudi menjemput saya dan penggiat blog hiburan yang lain. Antara bloggers yang datang, Maddox (ini adalah kali pertama Budiey bertemu mata dengan Maddox, Oh! Ini orangnya ya!), Sultanmuzaffar (Raja Blog Malaysia yang kelihatan sedikit penat dengan karier beliau. Sibuk katanya ya.), Mukeh (blogger yang juga pereka web yang cukup kreatif.

Sempat menegur Mukeh di luar Restoran Amarin.), klubbkidd (masa makan tak jumpa dia, tapi masa kat dalam panggung baru nampak batang hidung.), 20seveneleven (laaa… blog dia ke yang saya link untuk rahsia lirik lagu Kaer tempohari. Arg! Gue malu sih!) dan beberapa orang lagi. Maaflah kalau Budiey tidak tegur. Jangan pulak cakap kite sombong.

Dsc_0056

Saya juga ada membawa seorang moderator forum Nasha Aziz. Syd nama gelarannya. Ala-ala Syney, watak dalam Alias je kan. Alahai, kesiannya tidak dapat berbual panjang dengan Syd sebab dia datang lewat dan selepas tontonan, Syd terus pulang. 

Kalau ya pun, tunggu sidang media selesai, bolehlah bergambar dengan Nasha… tak pe nanti Budiey kasi gambar-gambar sidang media untuk dipamer di forum Nasha.

Majlis bermula dengan makan malam di Restoran Amarin Heavenly Thai di lantai 3, Pusat Membeli Belah Mid Valley. Dalam makan-makan, sempat juga saya mengambil beberapa selebriti yang hadir menyerikan majlis. Ramai juga yang hadir sampai penuh panggung.

Dsc_0047

OKlah, apa-apa pun promo penting. Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini di pawagam mulai 18 Februari.

Scene 9
Filem ini mempamerkan bentuk badan sasa Fahrin Ahmad secara eksklusif!

Berikut sedikit info tentang filem ini:

Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) sentiasa memberi peluang kepada generasi pelapis samada pelakon atau pengarah filem muda berbakat dan beriltizam tinggi, di samping mempelbagaikan genre filem terbitannya.

‘Puaka Tebing Biru’, filem ke-14 terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd telah memberi laluan kepada pengarah muda, Osman Ali menonjolkan kredibiliti dan bakatnya untuk diketengahkan sebaris pengarah-pengarah senior sedia ada.

Genre ‘seram’ menjadi pilihan Osman Ali sebagai tema dalam menyampaikan buah tangan pertama ke layar perak. ‘Puaka Tebing Biru’ turut menyelitkan rencah segelintir anak nelayan yang menongkah arus kehidupan dalam usaha mencari jalan keluar dari belenggu rutin harian kehidupan. 

Beliau turut mengupas isu kasih sayang antara dua sahabat melalui beberapa kiasan secara tidak langsung.

Puaka Tebing Biru dengan durasi 127 minit masa tayangan, telah mendapat kelulusan (U). Filem yang menelan kos sebanyak RM 1.5 juta dengan sentuhan teknik Computer Generated Images (CGI) ini merupakan filem cereka pertama menjalani penggambaran sekitar Pulau Pangkor sebagai lokasi utama penggambaran. 

Selain itu, penyanyi rock terkenal Awie turut menghangatkan lagi filem ‘Puaka Tebing Biru’ dengan lagu tema berjudul ‘Seperti Selalu’ hasil ciptaan / lirik Nur Zaidi Rahman dan ‘Ayu Lara’ nyanyian Saliza Ali hasil ciptaan Nur Zaidi  Rahman dan lirik oleh Osman Ali.

Filem gandingan mantap Nasha Aziz, Umie Aida, Sharifah Amani, Fahrin Ahmad, Wan Maimunah, Mislina dan adik Alia akan menemui penonton layar perak pada musim perayaan Tahun Baru China, bermula Ahad, 18 Februari 2007. 

Filem ini bermula dengan misteri demi misteri. Kemudian ditengahnya dijawab dengan jawapan-jawapan. Perkembangan plot agak jelas dan filem ini mengikut Osman adalah filem bergerak selari. Tiada flashback. Namun, pada saya sebenarnya banyak juga flashback yang bersifat ‘kecil’ dalam filem ini.

SINOPSISFilem PUAKA TEBING BIRU

Ratna adalah rakan karib Ayu yang tinggal bersebelahan rumahnya sejak kecil. Ayu, seorang gadis lemah-lembut sedang dilamun cinta dengan seorang pemuda kampung bernama Mohsin.

Ratna yang mempunyai seorang adik perempuan bernama Atilia telah mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur tetapi tidak mendapat keizinan ibu mereka. Hati Ratna terluka. Akhirnya, Ratna tidak berganjak dengan keputusannya lalu pergi meninggalkan Atilia, ibu serta rakan karibnya, Ayu.

Selepas 7 tahun berlalu, Ratna kini berjaya sebagai seorang petugas di unit forensik di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Namun ada sesuatu yang menghantui hidup Ratna. Ratna tidak pernah tenteram sejak 6 tahun yang lalu. Bayangan seorang wanita yang sering mengganggu menyebabkannya menjadi semakin tertekan. Selain bayangan wanita tersebut, muncul pula seorang kanak-kanak perempuan.

Bagi menenangkan fikiran, Ratna mengambil keputusan untuk bertemu keluarganya. Itulah pertemuan pertama, selepas 7 tahun tidak bertemu adiknya, Atilia. Setelah bertemu, Ratna dan Atilia mengambil keputusan bermalam di rumah pusaka tinggalan bapa mereka yang terletak di tepi pantai.

Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku sepanjang bermalam di situ. Lebih menggerunkan apabila Atilia dikunjungi seorang kanak-kanak perempuan misteri mengajaknya bermain di tepi pantai.

Dalam perjalanan pulang, mereka bertembung dengan sekumpulan orang kampung sedang mengusung keranda ke tanah perkuburan. Apakah misteri di sebalik kemunculan bayangan wanita dan kanak-kanak perempuan tersebut? Siapa kanak-kanak itu? Semuanya bakal terjawab apabila anda menonton karya sulung arahan Osman Ali, ‘Puaka Tebing Biru bermula 18 Februari di pawagam!

Tenaga Produksi

Penerbit
Tayangan Unggul Sdn. Bhd

Penerbit Eksekutif Kanan
Gayatri Su-lin Pillai

Penerbit Penyelaras
Hazil Izham Ismail

Pengurus Produksi
Zulkifli Ibrahim

Pengarah / Cerita Asal / Lakon Layar
Osman Ali

Penolong Pengarah
Nor Zahirah Abd. Rahman
Pauline Tay Siew Lian

Pengarah Fotografi
Khalid Zakaria

Penata Rias
Mohd. Zaini Bin Abd. Rahman

Pengarah Seni
Nazrul Asraff

WATAK PERWATAKAN

1. Nasha Aziz sebagai Ratna
2. Umie Aida sebagai Ayu
3. Fahrin Ahmad sebagai Mohsin
4. Sharifah Amani sebagai Atilia
5. Wan Maimunah sebagai Mak Esah
6. Mislina Mustaffa sebagai Ara
7. Alisa sebagai Ika
8. Corinne Adrienne sebagai Anita

RATNA
Ratna seorang gadis kampung dibesarkan di sebuah kampung nelayan pendalaman oleh seorang ibu tunggal bersama adiknya, Atilia dan mempunyai rakan karib bernama Ayu. Kehidupan di kampung yang terkongkong serta kemiskinan amat membebankan perasaan serta mendesak jiwa mudanya untuk meninggalkan kampung serta mencari kejayaan di bandar. Sikap Ratna yang suka memberontak serta selalu tidak sefahaman dengan ibunya telah mendorong dia meninggalkan rumah walaupun tanpa izin ibu. Tindakan nekad Ratna mengecewakan sahabat baiknya Ayu, serta adiknya Atilia. Ratna yang bertugas di unit forensik, sebuah hospital sebagai Mortuary Attendant sering diganggu oleh bayangan serta igauan ngeri yang amat menakutkan.

AYU  
Ayu adalah seorang gadis pemalu yang berkawan rapat dengan Ratna sejak dari kecil. Ayu anak yatim piatu yang dibesarkan oleh Mak Esah iaitu ibu Ratna dan Atilia.  Apabila menyedari seorang pemuda kampung, Mohsin sukakan Ayu, Ratna bersungguh-sungguh merapatkan hubungan Ayu dan Mohsin. Akhirnya Ayu menjalinkan cinta dalam diam bersama Mohsin.

MOHSIN
Mohsin adalah seorang pencinta yang agung. Pertama kali dalam hidup dia menyintai seorang perempuan selepas ayah dan ibunya mati ketika dia masih kecil. Hubungannya dengan Ayu menjadi rahsia dan mereka saling bertemu secara sulit.

ATILIA
Atilia merupakan seorang adik yang sungguh penyayang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kakaknya ke pangkuan ibu setelah kakak tersayang, Ratna berhijrah ke Kuala Lumpur. Sebagai seorang gadis remaja, Atilia juga seorang gadis yang lembut, bijak, lasak dan berdikari.

MAK ESAH
Wanita bernama Esah adalah seorang ibu yang berpendirian tegas tetapi amat menyayangi anak-anaknya. Pengalaman hidup yang keras serta kemiskinan mengajar dia menjadi seorang wanita cekal. Jauh di sudut hati, beliau kecewa apabila anak sulung kesayangan yang diharapkan bakal menerajui keluarga bertindak nekad meninggalkan keluarga tanpa keizinannya.

ARA 
Ara adalah seorang perempuan berusia sekitar 40-an yang mencari rezeki sebagai nelayan tetapi tidak pernah berkahwin. Pada suatu hari,  Ara yang mencari rezeki dengan melakukan kerja-kerja yang biasa dilakukan seorang lelaki menemui seorang bayi perempuan di rumah pusaka Tebing Biru. Ara menganggap bayi itu adalah anugerah dari Tuhan untuknya. Ara cekal membesarkan bayi itu walaupun masyarakat sekeliling mencerca dan menganggapnya memelihara anak syaitan.

IKA
Ika adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang penuh misteri. Dia suka bersendirian kerana dibenci dan dituduh anak syaitan oleh masyarakat kampung. Walaupun buta, tetapi Ika gemar ke pinggir hutan untuk bermain.

ANITA
Selain membantu Ratna mendapat pekerjaan, Anita yang bertugas sebagai Doktor Patologist juga merupakan teman serumah Ratna. Dia adalah teman rapat Ratna sepanjang tinggal di ibukota, Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawi | 23

Mawi Gembira Bersama Kereta Naza Sorento Barunya

Marsha | 24

Kisah Tentang Marsha Milan & Felix di Anugerah Bintang Popular 2006 ABPBH2006