in , ,

Gambar Ning Baizura di Sidang Media ABPBH2010

Tahniah buat penyanyi Ning Baizura yang telah melancarkan album 3 Suara, sebuah album yang menggandingkan 3 vokal wanita terhebat termasuklah Ning dengan Shila Amzah dan Jaclyn Victor.

Album 3 Suara yang diterbitkan oleh Kevin Chin ini telah pun berada di pasaran sejak 6 Januari lalu. Kepada pembaca yang nak beli, boleh juga melayari laman web www.sonymusic.com.my atau kedai muzik berhampiran pada harga RM31.90. Memuatkan 10 buah lagu seperti Di Mana Di Mana, Beribu Sesalan, Hanya Satu, Menari Dalam Hujan, It’s A Beautiful Life dan Tomorrow’s Calling.

Dikatakan, pemilihan tiga wanita tersebut dalam album 3 Suara adalah berdasarkan keunikan suara masing-masing apabila Jac merupakan ratu balada, Ning diva soul dan R&B manakala Shila puteri pop. Ini kerana konsep album yang turut diterbitkan oleh Irwan Simanjuntak, Paul Morrison dan Aylwin Santiago ini lebih menggembalikan muzik Melayu sekitar era 80-an dan 90-an.

Tahniah juga buat Ning Baizura kerana terpilih untuk buat persembahan di pentas Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular 2010 yang akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands Kota Keriangan pada 3 April 2011.

Hadir di sidang media Pra Kemuncak ABPBH2010, Ning Baizura yang ditemani ibu tercinta telah menyarung busana rekaan anggun dari pereka fesyen Hatta Dolmat. Menurut Hatta, Ning juga akan menggayakan rekaannya pada malam kemuncak ABP nanti.

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Finalis Hard Rock Cafe Battle Of The Band

Selebriti di Pengumuman Hos Penyampai & Persembahan Artis ABP 2010