in

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2016 Malam Pertama

Semalam, Budiey dan Cyrill telah hadir di Anugerah Seri Angkasa (ASA 2016) yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri, RTM untuk malam pertama. Ternyata Budiey lihat tak ramai sangat artis yang hadir. Jika hadir pun mereka diberi tugas sebagai penyampai anugerah. Mungkin ada yang sibuk atau ruang lebih banyak diberikan kepada calon-calon yang bertanding. Dijangka pada malam ini, iaitu malam kedua, ramai yang akan hadir.

Anugerah Seri Angkasa 2016 - Malam Pertama

Pada malam pertama, ASA2016 menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendominasi kemenangan pada malam pertama apabila meraih 11 anugerah daripada 31 anugerah yang dipertandingkan.

Budiey rasa, event ni diselamatkan dengan adanya pengacara versatile iaitu Adibah Noor yang menjadi hos untuk acara ini. Dengan lawak bersahaja dan celoteh Adibah Noor sedikit sebanyak membuatkan kami terhibur.

Budiey suka dengan dekorasi dan juga prob hiasan yang cukup elegan di acara ini. Cukup memberikan aura yang sangat meriah ala-ala anugerah di Hollywood.

Anugerah Seri Angkasa 2016 - Malam Pertama

Dalam acara yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri, RTM meraih enam anugerah menerusi kategori TV dan lima anugerah bagi kategori radio.Antara kategori yang dimenangi oleh RTM antaranya Dokumentari Radio Terbaik, Pengulas TV Terbaik, Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik dan Animasi Penerbitan Tempatan TV Terbaik.

Manakala stesen televisyen Astro pula merangkul anugerah antaranya Liputan Berita TV Terbaik, Suntingan Rancangan TV Terbaik, Rancangan Agama Terbaik dan Bicarawara TV Terbaik.

Tidak ketinggalan juga Bernama Radio 24 memenangi tiga anugerah, ONE FM (1), IM4U (1) dan Suria FM (1).

Sementara itu, penerima Anugerah Khas Juri ASA 2015 kali ini diberikan kepada wartawan Azlinda Md Salim daripada Astro Awani untuk liputan berita Syawal Tanpa Mu.

Laporan Khas Berita TV Terbaik dimenangi oleh Awaludin Abdul Ghani.

Anugerah Seri Angkasa 2016 - Malam Pertama

Acara gilang-gemilang pada malam Jumaat, telah dihoskan oleh Terence Dass dan Adibah Noor. Majlis turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Sufi AF, Ippo Hafiz, Mawi, Waris, De Fam dan Syamsul Yusof.

Antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan iaitu Datuk Jailani Johari. Sementara itu, ASA 2016 yang berlangsung untuk hari kedua, Sabtu, bakal menyaksikan sebanyak 28 anugerah disampaikan iaitu 18 menerusi kategori TV dan sembilan bagi kategori radio.

Antara anugerah yang pastinya menjadi tumpuan ramai seperti DJ Radio Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Drama Lelaki dan Wanita Terbaik serta Drama TV Terbaik.

Tidak ketinggalan acara kemuncak pada malam Sabtu juga akan disiarkan secara langsung menerusi tiga saluran iaitu TV1, Astro Ria dan Tonton bermula pada pukul 9 malam.

Senarai pemenang Anugerah Seri Angkasa 2016 malam pembukaan (Jumaat):

Kategori Radio:

1. Promo Radio Terbaik : Onefm Jiang Jiang Jiang Jiang (One Fm)

2. Pengimbang Muzik Radio Terbaik: Yogeswaran A/L Ramalingam (Traxx Fm)

3. Rancangan Interaktif Radio Terbaik: Adam Tahir (Negeri Fm)

4. Rancangan Agama Radio Terbaik: Halim Hafidz (Im4U)

5. Dokumentari Radio Terbaik: Nurul Asian Bidin (Nasional Fm)

6. Bicarawara Radio Terbaik: Adibah Noor & Baki Zainal (Suria Fm)

7. Majalah Radio Terbaik: Emilina Haji Mohd Zamri (Sarawak Fm)

8. Buletin Berita Radio Terbaik: Endok Baleana Bachok (Bernama Radio 24)

9. Pengulas Radio Terbaik: Yasser Md Yusoff (Mutiara Fm)

10. Liputan Berita Radio Terbaik: Ahmad Fawzan Azmie (Bernama Radio 24)

11. Penyampai Berita Radio Terbaik: Nurul Shuhadah Armawan (Bernama Radio 24)

Kategori Televisyen:

12. Promo Tv Terbaik: Ghandimathi S. Suppiah (Astro Vinmeen)

13. Tatarias Tv Terbaik: Jamaludin Nujis/Amran Mahat (Tv1)

14. Montaj Tv Terbaik: Maximillian Tan (Astro Wah Lai Toi)

15. Rekaan Set Tv Terbaik: Rafidah Othman (Astro Ria)

16. Jurukamera Tv Terbaik: Eman Azrin Azhar/ Daniek Chan Swee Tuck (8Tv)

17. Multiple Camera Production Tv Terbaik: Maestro Dato’ Johari Salleh (Tv2)

18. Suntingan Rancangan Tv Terbaik: Haikal Fadzil (Astro Oasis)

19. Audio Rancangan Tv Terbaik: Sam Fadil Abdullah (Astro Ria)

20. Penerbitan Sukan Tv Terbaik: Muhamad Ibrahim (Tv3)

21. Rancangan Agama Tv Terbaik: Basirun Othman (Astro Oasis)

22. Dokumentari Tv Terbaik: Khuzaimah Yunos (Alhijrah)

23. Pengulas Tv Terbaik: Shahril Sarapudin (Tv1)

24. Bicarawara Tv Terbaik: Abid Hossen (Astro Warna)

25. Rancangan Kanak-Kanak Tv Terbaik: Sarena Mohd Salleh (Tv2)

26. Animasi Penerbitan Tempatan Tv Terbaik: S Gana (Tv2)

27. Candawara (Game Show) Tv Terbaik: Eean Khoo (Ntv7)

28. Pelakon Pembantu Lelaki Drama Tv Terbaik: Qodi Rasyeed (Tv9)

29. Pelakon Pembantu Wanita Drama Tv Terbaik: Raja Ilya (Tv9)

30. Liputan Berita Tv Terbaik: Lim Kian Yap (Astro Aec)

31. Laporan Khas Berita Tv Terbaik: Awaludin Abdul Ghani (Tv1)

Anugerah Khas Juri : Azlinda Md Salim (Syawal Tanpa Mu/ Astro Awani)

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Menarik Bakal Ditonton Dalam 2016 Billboard Music Awards

Rahsia Sebalik Pelancaran Produk TRANSBELLA Yang Anda Perlu Tahu