in ,

Senarai Finalis Hard Rock Cafe Battle Of The Band

PERTANDINGAN “HARD ROCK BATTLE OF THE BANDS”. HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR MENGUMUMKAN PUSINGAN AKHIR

4 BAND TERBAIK TELAH TERPILIH UNTUK BERTANDING 06 MARCH 2011, 3.00 PETANG.

  1. The Azenders
  2. Dead Mushroom
  3. Kyoto Protocol
  4. Tasya’s Ink

Hard Rock Cafe Battle Of The Bands telah mengumumkan 4 band yang berjaya mara ke pusingan akhir pada 06 March 2011 setelah 10 band bertanding di pusingan kelayakan pada 20 Februari di Hard Rock Café Kuala Lumpur dan kemenangan berpihak kepada Dead Mushroom, The Azenders, Kyoto Protocol dan Tashya’s Ink.

four finalsits and judges

Keempat-empat band ini telah dipilih sebulat suara oleh juri professional yang terdiri daripada penulis lirik lagu Edry Hashim, Adly Syairi Ramly dari XFM, Darryl Goh dari Star dan di ketuai oleh Jennifer Thompson. Band-band lain yang telah bersaing sengit di peringkat kelayakan adalah kumpulan Disagree, An Honest Mistake, Car Crash Hearts, Cats In Love, Hello Is This The Band dan juga kumpulan Beat The System.

Rina Omar -emcee

Dihoskan oleh Rina Omar

Pertandingan Hard Rock Battle Of The Bands ini memberi peluang seumur hidup untuk band-band tempatan membuat persembahan di London Hyde Park di Hard Rock Calling 2011, iaitu salah satu festival yang dinanti-nantikan di arena dunia musik!

Di antara artis yang penah membuat persembahan di festival tersebut adalah Pearl Jam, Paul McCartney, The Who, The Police, Aerosmith, Eric Clapton, Bruce Springsteen, The Killers dan Peter Gabriel. Beraksi di pentas dengan bakat yang ada di hadapan beribu-ribu peminat musik dan artis utama di festival tersebut adalah termasuk Bon Jovi.

Pada awal Januari, Hard Rock Kuala Lumpur telah mengumumkan pencarian untuk band-band tempatan memasuki pertandigan global Battle of The Bands pertama Hard Rock International sempena ulangtahun yang ke-40. Tarikh tutup untuk penyertaan telah berakhir pada 6 Februari yang lalu.

Empat band yang terbaik dari pertandingan kini akan meneruskan perjuangan mereka ke pusingan akhir untuk menjadi juara Hard Rock Battle Of The Band! Bagi juara untuk pertandingan ini akan memenangi wang berjumlah RM3000 sebagai hadiah sagu hati dan akan mewakili Kuala Lumpur dlm pusingan seterusnya. Keempat-empat band yang terpilih dikehendaki untuk mempersembahkan 4 lagu di mana 2 daripada lagu yang bakal dipersembahkan hendaklah lagu original dari kumpulan tersebut, 1 lagu dari album Bon Jovi and selebihnya dari pemilihan band samada lagu original ataupun lagu “cover”.

Pemenang “Battle of The Bands” di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur akan ditempatkan di salah satu daripada empat “region” sedunia, yang akan diadili oleh sebuah panel ahli industry muzik antarabangsa yang terkemuka terdiri daripada Little Steven Van Zandt dari E Street Band legendaris, Pete Wentz dari kumpulan rock hit Fall Out Boy, Live Nation Naib Presiden Promosi Toby Leighton-Paus, Hard Rock International Chief Marketing Officer John Galloway dan Absolute Radio Pengarah Pemasaran Clare Baker. Untuk peringkat akhir, band akan diperketengahkan di laman web Hard Rock Cafe iaitu www.hardrock.com, di mana para peminat di seluruh dunia akan diberi pilihan untuk mengundi band kegemaran mereka bagi setiap “region”.

Tashya's Ink

Tashya’s Ink

Keempat-empat pemenang dari setiap ‘region’ akan diterbangkan khas ke London dan akan dilayan seperti bintang rock dan diberi peluang untuk beraksi di Hard Rock Calling 2011 di Hyde Park, London yang akan berlangsung pada 24 Jun sehingga 26 Jun 2011. Bagi band yang menerima paling banyak undian akan diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas Utama manakala ketiga-tiga band yang lain akan membuat persembahan di pentas Kedua di festival Hard Rock Calling 2011.

Sebanyak 74 Hard Rock Cafe di seluruh dunia yang telah menyertai pertandingan ini dan akan dibahagikan kepada 4 region di mana bagi juara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang akan bersaing dengan juara-juara Hard Rock Cafe dari Mexico, Indonesia, Argentina, Venezuela, Vietnam, Mexico, Filipina, Panama, Thailand dan Republik Dominican.

Jadi datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongan anda kepada keempat-empat band yang terpilih ke mara akhir – The Azenders, Dead Mushroom, Kyoto Protocol dan Tashya’s Ink dan salah satu band kegemaran anda yang akan menjadi juara Hard Rock Battle Of The Bands Kuala Lumpur dan seterusnya akan berjuang ke peringkat seterusnya di peringkat “region”.

Bagi bayaran masuk untuk pertandingan ini adalah RM20.00 termasuk satu minuman percuma.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami ditalian 603-27155555.

8TV adalah rakan media TV dan JUNK sebagai rakan media online untuk pertandingan ini.

Kyoto Protocol

Kyoto Protocol

Dead Mushroom- 90s indie band making a comeback

Dead Mushroom

The Azenders -led by frontman Sam of the Bunkface

The Azenders yang diketuai oleh Sam Bunkface sebagai vokalis

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Majlis Pelancaran Xpresi Kembara Pulau Perhentian

Gambar Ning Baizura di Sidang Media ABPBH2010