• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Gambar Konsert Minggu Kedua VOKAL Penuh Kejutan

0
  • by Budiey
  • in Gambar · TV3
  • — 4 Nov, 2012

“VOKAL PENUH DENGAN KEJUTAN”
Mampukah Peserta Minggu Ini Memberikan Momentum Persembahan Seperti Minggu Pertama?

Vokal Jadi Taruhan! Pada konsert VOKAL minggu pertama yang lalu, memperlihatkan dua peserta dari Kuala Lumpur iaitu Farah Nadeera Zaini, 19 tahun dan Nasuha Azhari, 20 tahun mempamerkan persembahan bertenaga seterusnya berjaya memikat perhatian juri profesional untuk melayakkan diri mereka ke pusingan seterusnya. Namun untuk minggu ini, mampukah peserta minggu kedua mengejutkan penonton dengan menandingi kehebatan persembahan peserta minggu lalu?

Musim kedua VOKAL menampilkan penyampai radio popular, Faizal Ismail sebagai pengacara program dan ‘Vokal Rutin’. Sementara itu sepanjang 10 episod, VOKAL turut menampilkan dua nama yang tidak asing lagi di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang nyanyian iaitu Ziana Zain dan Dato’ Hattan sebagai ketua juri untuk program ini.

Persembahan Oleh 5 Peserta Perempuan yang Layak Ke Pusingan Seterusnya

Bagi menghangatkan lagi sesi pemilihan 17 peserta yang akan berentap menerusi sesi ujibakat di sebalik tabir, 2 juri jemputan iaitu Adibah Noor dan Cikgu Siti Hajar akan menjadi juri bersama-sama dengan juri tetap Ziana Zain selama 2 minggu pertama untuk proses penjurian peserta wanita. Manakala, 2 minggu berikutnya, Dato’ Hj. Ramli MS dan Faizal Tahir selaku juri jemputan akan menemani Dato’ Hattan dalam proses penjurian peserta lelaki. Tenaga pengajar VOKAL seperti Azmeer dan Mas Idayu akan terus kekal sebagai Penasihat Vokal dan persembahan, Fidie Sani selaku Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan dan Profesor Izzi Haji Ali bertindak sebagai Penasihat Motivasi.

Di samping itu, penonton juga berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat 17 peserta VOKAL menerusi VOKAL RUTIN yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Rabu pada jam 6.00 petang. Menerusi ‘Vokal Rutin’ penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang terjadi ketika mereka menghadiri kelas vokal dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas VOKAL.

Sememangnya VOKAL musim ini penuh dengan kejutan. Untuk konsert VOKAL minggu kedua, menampilkan penyanyi jemputan yang pernah memenangi Vokal Terbaik Juara Lagu 25 & 26, Hafiz dengan lagunya ‘Ku Akui’ sebagai persembahan pembuka tirai.

Konsert VOKAL minggu kedua akan merancakkan lagi persaingan apabila minggu ini lima orang peserta bakal membuat persembahan hebat untuk mencuri perhatian juri dan sekaligus melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Peserta pertama untuk konsert VOKAL minggu kedua ini yang dikenali sebagai Mar, akan cuba memukau juri dengan vokalnya yang mantap menerusi lagu ‘I Wanna Dance With Somebody’ dan peserta kedua pula Ema akan mempersembahkan lagu ‘Kisah Hati’, nyanyian asal oleh penyanyi Alyah.

Kehangatan konsert VOKAL minggu kedua diteruskan lagi dengan pelbagai kejutan yang diberikan oleh setiap peserta. Seperti peserta ketiga, Bella akan menyampaikan sebuah lagu bertajuk ‘Cinta’ manakala peserta keempat, Fatin bakal menghiburkan penonton dengan lagu ‘Hati Ini Telah Dilukai’. Sementara itu, peserta terakhir yang akan memberi persaingan sengit untuk konsert VOKAL minggu kedua ini, Shikin akan mempertaruhkan lagu popular Agnes Monica iaitu ‘Matahari’.

Sebelum melabuhkan tirai konsert VOKAL minggu kedua, peserta minggu ini yang layak ke pusingan ke seterusnya akan membuat persembahan dengan mendendangkan lagu tema VOKAL musim kedua yang bertajuk ‘Aksi Suara’.

Penerbit VOKAL musim kedua, Ahmad Shaifullizam Arshad berkata, “Konsert VOKAL malam ini memperlihatkan kesungguhan para peserta dalam mencuri perhatian penonton dan juri. Meskipun masa yang diberi untuk membuat persiapan menjelang konsert minggu kedua ini agak terhad, namun peserta dapat mengetepikan perasaan gemuruh dan tampil dengan persembahan yang memukau. Ternyata peserta minggu ini banyak mempelajari dari persembahan peserta minggu lalu dalam menghasilkan mutu persembahan yang menarik dan mantap.”

“Pada konsert VOKAL minggu lalu kami telah memperkenalkan format imuniti kepada peserta. Pada malam ini format imuniti itu masih diteruskan dan ianya hanya akan berfungsi apabila ketua juri memberikan kepada peserta yang dirasakan layak untuk diselamatkan ke pusingan seterusnya. Walaupun format imuniti ini diperkenalkan, namun peserta diingatkan supaya jangan cepat berasa selesa dan mengharapkan bantuan imuniti itu semata-mata. Peserta harus membuat persediaan rapi kerana kesemua 17 peserta VOKAL musim ini mempunyai kualiti vokal yang mantap dan itu pasti memberikan persaingan yang amat sengit antara satu sama lain. Selain itu, VOKAL musim ini akan tampil dengan pelbagai kejutan yang tidak diduga. Maka setiap peserta harus bersedia dengan setiap kejutan yang diberikan.” tambah Ahmad Shaifullizam Arshad.

Untuk musim kedua, VOKAL masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% melalui undian SMS. Juara VOKAL musim kedua akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 manakala naib juara wang tunai RM30,000.

Program realiti VOKAL musim ini juga memberi peluang buat mereka yang terlepas peluang menyertai program nyanyian ini dengan menyertai peraduan ‘JUARA VOKAL ONLINE’. Penyertaan yang dibuka kepada semua ini hanya memerlukan mereka menghantar URL video nyanyian mereka kepada laman sesawang rasmi VOKAL. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai peraduan ini, sila melayari laman sesawang rasmi VOKAL di www.tv3.com.my/vokal2 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Jangan lupa untuk membuat temu janji anda besama Vokal..Bukan Sekadar Rupa musim kedua yang diterajui oleh Penerbit Ahmad Shaifullizam Arshad dan Penerbit Eksekutif Muhamad Sufian Isa setiap hari Rabu, jam 9.30 malam hingga 10.30 malam. Bagi peminat di luar sana, jangan lepaskan peluang hadir beramai-ramai ke Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk menyokong peserta-peserta kegemaran anda.

Penonton yang terlepas menyaksikan Vokal..Bukan Sekadar Rupa boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Ketua Juri Ziana Zain bersama juri jemputan Adibah Noor dan Cikgu Siti Hajar

Ketua Juri Ziana Zain bersama juri jemputan Adibah Noor dan Cikgu Siti Hajar

Nasuha Azhari, 20, Kuala Lumpur

Nasuha Azhari, 20, Kuala Lumpur

Marlleynney Fane J.L Paul, 25, Sabah

Marlleynney Fane J.L Paul, 25, Sabah

Nur Fatin Nabila Noorsazley, 21, Kuala Lumpur

Nur Fatin Nabila Noorsazley, 21, Kuala Lumpur

Farah Nadeera Zaini, 19, Kuala Lumpur

Farah Nadeera Zaini, 19, Kuala Lumpur

Nur Nabilah Yusof 22, Kuala Lumpur

Nur Nabilah Yusof 22, Kuala Lumpur

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Awie Ajak Peminat Bersantai dalam Tunggu Sekejap
  • Next story Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

ENTRI BERKAITAN

  • Ceriakan Cuti Sekolah di Program TV3 12 Mar, 2010
  • Drama Datin Diaries & Isu Linda Onn 6 Mar, 2007
  • Photos Celebrity @ Oscar Academy Awards 24 Feb, 2009
  • Gambar Sekitar Saringan Separuh Akhir Muzik Muzik 25 23 Nov, 2010

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
    • Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand
    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Nurhaliza on:Dayana, Azzam, Arill dalam Drama Misteri Rumah Tua
    • MeYmEy on:Nadia Mustafa, Leez Rosly, Nisha Dirr Dalam Cubit Cubit Sayang
    • nora on:Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Sara on:Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
    • Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand
    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
    • The 10th Olympic Day Run Dataran Merdeka 23 Jun
    • SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.