in , ,

Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Dengan sekali lafaz nikah, aktres jelita Diana Danielle Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada aktor dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake di sini, pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama yang juga Pendaftar Kanan Perkahwinan Daerah Gombak, Daim Jajuli kira-kira pada pukul 9.12 pagi berwali hakim manakala dua rakan Farid, Ahmad Razif Hamzah dan Abdul Hamid Abdul Razak menjadi saksi.

Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Diana, 21, berkata dia sukar untuk menggambarkan perasaannya kerana berasa lega, tenang dan gembira dengan kelancaran majlis.

“Saya tidak terkata. Syukur sangat semuanya (majlis) berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada keluarga mama yang datang jauh dari Perak dan keluarga baru (mertua) dari Kedah,” katanya.

Farid, 31, pula berkata, dia berasa gembira kerana akhirnya dia dapat memperisterikan Diana yang sudah hampir empat tahun dikenalinya.

“Saya gembira dan bersyukur kerana dapat isteri. Sejak awal perkenalan lagi saya sudah terdetik untuk memperisterikan Diana.

“Namun, ia tertangguh kerana faktor usia Diana yang terlalu muda dan belum sampai seru (ketika itu).

“Saya berdoa agar Diana menjadi isteri yang soleh dan perkahwinan ini kekal ke alam syurga,” katanya.

Diana menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran berjumlah RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas.

Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung.

Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan.

Pada majlis itu, Diana ditemani ibunya, Norsiah Ramli manakala pihak lelaki diwakili ibu dan bapa, Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid serta adik-beradik Farid.

Aktres berdarah kacukan itu tampil ayu bertudung dengan padanan baju kurung tradisional rona putih dan merah jambu rekaan Wanpa.

Sementara Farid pula segak dengan sut putih rekaan Andy dan menyarung capal.

Majlis berkonsepkan perkahwinan dalam taman itu dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Antara selebriti yang menyerikan majlis adalah penerbit MIG David Teo, pelakon Yana Samsudin dan Iqram Dinzly.

Pasangan pengantin turut menerima hadiah istimewa daripada David iaitu seutas jam tangan untuk Farid dan gelang buat Diana.

Farid Kamil tidak menetapkan sebarang syarat atau halangan kepada isterinya aktres Diana Danielle untuk terus berlakon selepas mendirikan rumah tangga pada Sabtu.

Sebaliknya, Farid, 31, berkata perkara yang ditekankan dalam melayari alam perkahwinan adalah Diana perlu pandai menjaga diri dan batas, menguruskan hal ehwal suami dengan baik dan meningkatkan pengetahuan agama.

“Saya tidak tetapkan sebarang syarat untuk dia berhenti berlakon. Apa yang lebih penting, dia perlu tahu menjaga diri sebagai isteri.

“Dia perlu menjaga hal ehwal saya sebagai suami dan meningkatkan pengetahuan dalam ilmu agama,” katanya yang sudah terfikir untuk menyunting Diana sejak tahun pertama mereka berkawan.

Pada 15 Oktober lalu, Farid mengumumkan berita pernikahan mereka pada majlis tayangan filem arahannya berjudul Pe3 di TGV Sunway Pyramid, di sini.

Sebelum itu, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 2 September lalu selepas tiga tahun bercinta.

Farid dan Diana merancang untuk berbulan madu dengan menunaikan umrah di Mekah pada bulan hadapan.
Pengarah filem itu berkata, kematangan dan sikap Diana yang berbeza dan ringkas membuatkan dia tertarik untuk memperisterikan wanita berdarah kacukan itu.

“Saya tertarik dengan kematangan dan sikap dia yang berbeza. Walaupun dia masih muda dan hanya berusia 18 tahun ketika kami mula-mula berkawan dulu, dia sungguh matang dan mahu belajar banyak perkara dalam kehidupan.

“Sepanjang berkawan, saya lebih selesa untuk tidak menggembar-gemburkan hubungan kami sehingga pada hari ini akhirnya saya dapat duduk dan bergambar bersebelahan untuk khalayak,” ujarnya dalam nada bergurau.

Diana pula berkata, sikap tenang dan memahami yang dimiliki lelaki itu membuatkan dia selesa dan gembira untuk hidup bersama.

“Dia banyak mengajar saya untuk lebih bersabar dan menyokong aspek mental dan emosi saya dalam apa juga situasi,” katanya yang merancang untuk berbulan madu sambil menunaikan umrah di Mekah.

Mengenai ketiadaan bapa kandungnya Danny Beeson yang gagal dijejaki, Diana berkata, ia bukan perkara penting yang menjejaskan majlis berkenaan.

Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Kedua-dua mempelai bergambar kenangan bersama ibu Diana, Norsiah Ramli (kiri) dan ibu Farid, Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid.

“Ia bukan perkara penting. Dalam hidup ini apa juga kekurangan kita akan Allah tambahkan dalam bentuk lain. Jangan fikirkan apa yang kita tiada, fikirlah apa yang kita ada. Saya bersyukur kerana ibu dan ramai keluarga yang datang merestui hubungan saya dengan Farid. Bagi saya, itu yang lebih penting daripada apa yang saya tiada,” katanya yang belum terfikir mengenai soal anak dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, ibu Diana iaitu Norsiah Ramli berkata, dia belum bersedia memberikan sebarang komen mengenai pernikahan itu kerana masih bersedih kerana terpaksa melepaskan anak tunggalnya itu kepada Farid.

“Saya masih bersedih dan tersentuh kerana harus akur untuk melepaskan Diana yang merupakan satu-satunya anak saya ke tangan Farid.

“Saya berharap Farid akan menjaga Diana sebaik mungkin dan semoga Diana tidak akan melupakan saya selepas bergelar isteri dan ibu pada masa akan datang,” katanya.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan dijangka berlangsung pada 30 November ini di lokasi yang akan diumumkan kelak.

Upacara sambut menantu bagi keluarga Farid pula akan diadakan pada 12 Disember depan di Darul Aman Park, Alor Setar, Kedah.Kredit Foto: Mstar Online & Gua

Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle &Amp; Farid Kamil

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Konsert Minggu Kedua VOKAL Penuh Kejutan

U Mobile’s Exciting New UMI 18 Prepaid Plan