in ,

Drama Siri Hellcats di 8TV

MASA UNTUK BERSORAK DALAM HELLCATS EKSKLUSIF DI 8TV

HELLCATS

TARIKH SIARAN: 12/4/2011
HARI: SELASA
MASA SIARAN : 9.30-10.30 MALAM
EPISOD: 13
BAHASA: INGGERIS

Masa untuk bersama-sama mengikuti perjalanan pasukan sorak yang penuh dengan drama dalam siri terbaru Hellcats di saluran hip 8TV! Diadaptasi dari buku “Cheer: Inside the Secret World of College Cheerleaders” hasil tulisan Kate Torgovnick, saksikan aksi-aksi menarik pasukan sorak ini yang mula menemui anda pada 12 April 2011 di 8TV. Ikuti perjalanan Marti Perkins; penuntut di Lancer University yang mempunyai impian untuk meneruskan pelajaran dalam jurusan undang-undang dan meninggalkan ibunya yang merupakan seorang kaki botol.

Hellcats

Marti bercita-cita untuk menjadi seorang peguam wanita yang berjaya namun biasiswa yang ditawarkan kepadanya telah dibatalkan dan ibunya tidak menyampaikan berita itu kepadanya, Namun Marti tidak patah semangat dan meneruskan ‘Plan B’ beliau iaitu menyertai pasukan sorak di Lancer University – “The Hellcats”.

Pasukan sorak “The Hellcats” yang kehilangan seorang ahli bernama Alice yang mengalami kecederaan menerima Marti dengan hati terbuka. Segalanya berlaku dengan pantas dan apa yang perlu dilakukan oleh Marti ialah membuktikan kepada semua bahawa beliau mampu menjadi ahli pasukan sorak yang berjaya.

Walaupun Savanna merupakan teman sebilik Marti, namun Marti lebih selesa berteman dengan rakan sepasukannya Lewis. Masalah mula timbul apabila Dan yang merupakan rakan baik Marti dan bekas teman wanita Lewis mula campur tangan dalam persahabatan mereka bedua.

Menurut Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7, “Dalam setiap kehidupan remaja pasti ada persaingan sihat yang bakal berlaku! Hellcats bukan drama bersiri remaja yang biasa namun ia mengupas kehidupan remaja dalam pasukan sorak yang penuh dengan drama. Bagi peminat pasukan sorak, anda pastinya tidak mahu ketinggalan menonton drama bersiri ini!”

Dibintangi oleh bintang-bintang popular antaranya Alyson Michalka, Ashley Tisdale, Robbie Jones dan Matt Barr. Sudahkan anda bersedia untuk Hellcats? Tandakan kalendar anda dan pastikan anda menonton siri Hellcats yang akan akan disiarkan setiap Selasa jam 9.30 malam bermula 12 April 2011 hanya di 8TV.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro. Tontoni rancangan-rancangan 8TV kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my ATAU www.tonton.com.my.

Hellcats

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Smart TV Launch

Ultimate Parkour Challenge di 8TV