in

Ultimate Parkour Challenge di 8TV

SUKAN EKSTREM TERPANTAS DI DUNIA MENEMUI ANDA DI 8TV!

Tarikh siaran: 6 April 2011
Masa siaran: 11.00 malam
Episod: 9 Episod
Bahasa: Inggeris

8TV bakal membawakan anda sesuatu yang lebih segar dan mengujakan. Saksikan lagak ngeri sukan ekstrem terpantas dalam Ultimate Parkour Challenge musim ke-2 yang akan disiarkan di saluran hip 8TV April ini!

Parkour merupakan aktiviti gerakan badan yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Atlet-atlet sukan ekstrem ini melakukan lompatan, gulingan, memanjat, terbang dalam kelajuan luar biasa untuk melepasi halangan-halangan bagi sampai ke titik penghabisan yang telah ditetapkan.

Setiap episod akan membawa anda ke beberapa lokasi di selatan California termasuk The Queen Mary, Venice Beach dan Hollywood High. Enam (6) orang atlet Parkour terbaik di dunia antaranya Danny Ilabaca, Ryan Doyle, Oleg Vorslav dan Tim Schieff akan mencabar diri masing-masing sekaligus dan akan mempersembahkan teknik Parkour yang luar biasa!

Mempamerkan kemahiran di luar batasan manusia, mereka perlu melalui 3 pusingan dalam pertandingan ini dan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka memenangi pertandingan ini!

“Saya seperti menyaksikan ‘Superhero’ di kaca TV! Aksi dan lagak ngeri yang mereka lakukan di luar batasan manusia!” ujar Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7. Airin menambah “Selain dari aksi-aksi luar biasa yang mendebarkan, Ultimate Parkour Challenge ini pasti menjadi pilihan pecinta sukan ekstrem. Semoga anda semua terhibur!,”

Saksikan musim terbaru Ultimate Parkour Challenge setiap Rabu jam 11.00 malam bermula 6 April 2011 secara eksklusif di saluran hip 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro. Tontoni program-program kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my.

_MG_5260B[1]

_MG_5413

_MG_5499 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Siri Hellcats di 8TV

ChariTup Program Amal Selebriti Malaysia