in ,

Anita Sarawak Selongkar Rumah Mewah dalam ASTANA

Pada jam 12 tengahari semalam – 28 November 2010, Budiey.com telah hadir di Sidang Media Program Astana anjuran Astro yang diadakan di Restoran Ibunda, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sidang media ini adalah untuk memperkenalkan sebuah lagu program baru tentang gaya hidup dan cara hidup eksklusif para pemilik rumah mewah di Malaysia. Astana boleh ditonton pada setiap hari Ahad, jam 7.30 malam bermula 5 Disember 2010 menerusi saluran 104.

Anita Sarawak Astana

Budiey rasa program Astana akan bertambah mantap apabila dihoskan oleh Anita Sarawak, seorang penghibur bertaraf diva nombor satu di Malaysia. Kalau nak tahu siapakah orang kenamaan atau tokoh terkenal atau pun selebriti yang terpilih, kenalah tonton Astana.

Ikuti lawatan bersama Kak Nita yang meninjau beberapa rumah mewah di Malaysia. Pemilihan Kak Nita sebagai pengacara pun rasanya sesuai sangat dengan konsep program ni. Selain status Kak Nita sebagai penyanyi dan penghibur bertaraf antarabangsa, beliau juga mempunyai kredibiliti serta personaliti juga bercitarasa tinggi selain sifat beliau yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Lebih menarik, pemilik rumah mewah ini dikatakan rakan baik Kak Nita, jadi mereka lebih selesa berkongsi cerita tentang rumah mereka kepada penonton.

Anita Sarawak Astana

Dalam Astana, wang bukanlah penghalang kepada para pemilik rumah ini, tetapi apa yang mereka pentingkan adalah satu gaya hidup yang eksklusif dan selesa.

Astana terbahagi kepada 3 segmen iaitu memperkenalkan lokasi dan kediaman. Kedua, berkongsi citarasa rekabentuk dan hiasan dalaman dan segmen ketiga, akan diceritakan secara lebih mendalam lagi tentang gaya hidup mewah yang menjadi pilihan pemilik rumah.

Pelbagai keunikan dan citarasa tinggi ditonjolkan seperi memiliki kuda sendiri, kapal layar, bot laju, kereta mewah Ferrari dan Lamborgini serta macam-macam lagi. Kak Nita juga akan mencungkil dengan lebih mendalam lagi pilihan warna dan perabot, langsir, jubin dan lantai termasuklah gaya kamar tidur, bilik mandi dan pencahayaan.

Program ini ditaja oleh Pensonic dan pihak produk ini telah memberikan tiga hadiah cabutan bertuah kepada media semalam.

Anita Sarawak Astana

Kak Nita dan Abang Mahathir – pasangan bahagia

Anita Sarawak Astana

Setibanya di Restoran Ibunda

Anita Sarawak Astana

Pengurus Saluran Astro RIA, Puan Azlin Reza Azmi sedang memberikan sepatah dua kata.

Anita Sarawak Astana

Dihoskan oleh orang kuat Fatboys – Hamka

Anita Sarawak Astana

Anita Sarawak Astana

Tahniah Nonie dapat hadiah cabutan bertuah

Anita Sarawak Astana

Yeay, Wahi pun dapat!

Anita Sarawak Astana

Anita Sarawak Astana

Anita Sarawak Astana

Anita Sarawak Astana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

In Memory of the Hong Kong Superstars Leslie Cheung & Anita Mui

Gambar Ashraf Muslim di Prebiu Media Filem Aku Masih Dara