Pada jam 10 pagi tadi, Budiey sempat hadir di Prebiu Media Filem Aku Masih Dara terbitan Metrowealth MIG di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Filem arahan Ahmad Idham ini mengetengahkan para pelakon seperti Yana Samsudin, Diana Amir, Raja Farah, Ashraf Muslim dan Farid Kamil.
Ashraf Muslim memegang watak seorang pemuda yang soleh dan berpegang teguh pada agama bernama Firdaus, sepupu kepada Aleesya lakonan Yana Samsudin. Ashraf Muslim turut hadir memeriahkan acara. Bagi Budiey, watak Firdaus sangat sesuai dengan Ashraf Muslim yang kini sudah ‘berhijrah’. Beliau pernah berkata, setiap watak yang dipegang perlu dikaji sedalam-dalamnya sebelum menerima tawaran. Kesesuaian dengan jiwa adalah sangat penting.
Pada Budiey, lakonan Ashraf Muslim dalam filem ini boleh dikira berjaya menyentuh jiwa dan sangat memberi kesan kepada penonton. Tahniah Ashraf Muslim.
Untuk info pembaca, filem komedi romantik yang menggunakan pendekatan Islamik ini akan berada di pawagam mulai 15 Disember 2010.
Budiey sempat mengambil gambar Ashraf Muslim ini. Okay, kepada peminat Ashraf Muslim, ini untuk anda!
mcm dato sheikh muzaffar lah…;)
emsemnyer ler asraf nie..
mmg best filem ni…pemilihan watak yg
signifikan….lakonan Diana Amir pun not bad…
yup,agreed wif u princessnamie…mcm adik SMS…Muka seiras…
auw. emsemnya dia!
Ada iras Datuk SMS…
OMG..rasa mcm da jth ati bila tgk gmba dia..lebih2 lg bila dpt tau ttg penghijrahan kehidupan dia..alhamdulillah..^_^
abang nmpk hemsen bila pakai songkot dan popiah
hansem gile asyraf muslim….i like him…^_^