in ,

Anita Sarawak Tinggalkan Dunia Glamor Kini Hidup Pindah Randah di USA

Lama betul tak dengar berita pasal seorang diva yang satu hari dulu sangat aktif dan muncul di kaca TV. Siapa lagi kalau bukan Anita Sarawak. Terbaru, melalui adiknya, Anita Sarawak mahu jadi orang biasa… apa citer?

Menurut laporan, penghibur Anita Sarawak mahu tinggalkan dunia glamor dan jalani kehidupan orang biasa di Amerika Syarikat.

ANITA SARAWAK

Demikian kata adik tirinya yang merupakan pelakon dan penyanyi popukar tahun 1980-an, Noorkumalasari, 62, selepas menerika Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada acara Anugerah Bintang Popular ke-31 malam Ahad lalu.

“Anita sihat dan mahu jalani kehidupan biasa. Sebab itu beliau dan suaminya Mahathir tidak pulang ke Malaysia.”

Tambah Noorkumalasari kakak tirinya itu kini hidup berpindah-randah dan menjalankan perniagaan hartanah bersama suaminya di sana. Sumber: K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Yusof Haslam Saman Individu Sebar Rakaman MUNAFIK 2

Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem ORANG ITU Lakonan Sofia Jane