in , ,

“Anita Sarawak & Mahathir Sihat Sahaja,” – Noorkumalasari

Penghibur legenda, Anita Sarawak yang kini menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) berada dalam keadaan baik di samping suaminya, Mahathir Abdullah sekali gus menepis dakwaan pasangan itu sudah bercerai atau mengalami masalah kesihatan.

Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh pelakon dan penyanyi popular 1980-an, Noorkumalasari, 66, yang merupakan adik tiri kepada penyanyi yang hilang dari radar media sejak 12 tahun lalu itu. 

“Dia (Anita) tidak hubungi saya sebab tahu saya rapat dengan media. Dia pernah hubungi kakak sulung dan hanya kirim salam pada ahli keluarga lain. 

“Sedangkan sebelum ini, dia akan menghubungi kami semasa hari raya dan semua ahli keluarga dapat bercakap dengannya,”

– Noorkumalasari

Ditemui usai forum anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) di Universiti Kebangsaan Malaysia sebentar tadi, Noorkumalasari memaklumkan, sebagai adik, semestinya dia menyimpan perasaan rindu terlalu mendalam terhadap Anita. 

Katanya, kali terakhir dia dapat menghubungi Anita sebelum penyanyi itu berangkat ke AS sekitar 10 tahun lalu.  

Menurutnya, buat masa sekarang, tiada ahli keluarga yang berusaha ingin mencari atau bertemu dengan Anita kerana tidak mahu pulang dengan perasaan hampa dan kecewa. 

“Sebabnya, pernah berlaku pada seorang individu yang berusaha datang dari Kuala Lumpur dan mencari Anita di sana (AS). Namun akhirnya tidak dapat berjumpa langsung. 

“Sepatutnya Anita bersimpati sebab individu tersebut sudah berusaha datang mencari dia, kenapa sampai begitu sekali layanannya,”

– Noorkumalasari

Ditanya perkembangan Anita di luar negara, Noorkumalasari berkata, penyanyi itu dan suami sibuk menguruskan perniagaan serta mahu menjalani kehidupan biasa.

Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GLAMPING SELANGOR TRAVEL

Tourism Selangor Anjurkan Selangor International Travel Photography Festival

EPEX

Band K-pop Popular Korea, APEX Bakal Gegarkan Zepp Kuala Lumpur