in

RM 10,000 Milik Ajak Minggu Keempat Arena Bintang Bersama Bintang

Sketsa Ajak dan pasangannya Atu Zero berjaya memikat juri dan penonton hingga berjaya membawa pulang RM10, 000! Menggunakan pendekatan psikologi berbalik, persembahan mereka mengisahkan sebuah keluarga kecil di perkampungan nelayan. Ajak sebagai bapa, menantikan kepulangan anaknya (Atu) yang membawa pulang keputusan peperiksaan. Walaupun gagal, si bapa langsung tidak marahkan anaknya malah dipuji. Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di studio dan komen positif daripada kedua-dua juri.

BINTANG BERSAMA BINTANG 2018

Arena Bintang Bersama Bintang telah masuk minggu keempat. Tiga minggu sebelumnya, pelbagai usaha kreatif dilakukan oleh para peserta untuk memenangi hadiah mingguan RM10, 000. Setiap persembahan perlu mempunyai moral dan teladan yang baik agar sketsa mereka mampu merawat dan mendidik selain dapat menghiburkan penonton.

Bintang Bersama Bintang 2018 merupakan medan peperangan lawak era baharu dinamakan Arena Bintang Bersama Bintang yang dibarisi oleh nama-nama besar seperti Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Shuk.

Menurut Penerbit Eksekutif Bintang Bersama Bintang 2018, Encik Muhamad Sufian Che Isa, “Setelah empat minggu, persaingan di antara peserta semakin sengit di mana tiada peserta yang berjaya memenangi hadiah mingguan sebanyak dua kali. Kita juga dapat lihat kemajuan persembahan dan kreativiti setiap peserta. Saya juga berharap untuk minggu kelima, persembahan mereka akan menjadi lebih baik kerana tempoh masa yang agak lama kerana kami akan memberi laluan kepada siaran langsung Anugerah Juara Lagu Ke-32 pada 11 Februari 2018. Setelah meneliti statistik tontonan selama tiga minggu, Arena BBB mendapat jumlah 1.9 juta tontonan dan menunjukkan kenaikan positif untuk minggu-minggu akan datang. Terima kasih diucapkan kepada semua peminat setia Bintang Bersama Bintang 2018.”

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Ahad bermula 14 Januari 2018 pada pukul 10.00 malam, para peserta Bintang Bersama Bintang 2018 dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian dalam sketsa mereka.

Minggu ini Arena Bintang Bersama Bintang membawakan beberapa nama besar dalam industri seni negara sebagai pasangan kepada para peserta. Artis undangan pada minggu ini adalah Bell Ngasri, Atu Zero, Mamak Putih Kak Girl, Jiggy dan Bazli (UNIC). Manakala juri jemputan pada minggu ini adalah pelakon drama yang masih bersiaran di TV3, Dia, Izara Aishah.

Pernah viral di laman sosial kerana menari mengikut rentak lagu hindi di dalam kereta ketika suami memandu di sebelah, Kak Girl menarik minat Issey untuk berkolaborasi dalam minggu keempat Arena Bintang Bersama Bintang. Sketsa mereka mengisahkan kisah suami yang tidak tahan dengan isterinya yang asyik menyanyi apabila menaiki kereta. Issey yang membawa watak suami mengambil keputusan untuk bertukar tempat duduk dan membiarkan isterinya (Kak Girl) memandu.

Achey seringkali membawa kelainan dalam persembahan beliau setiap minggu. Pada minggu ini, Achey berganding bahu bersama Bazli, penyanyi kumpulan nasyid UNIC dalam sketsanya. Siapa sangka penyanyi nasyid juga mampu membuatkan penonton bergelak ketawa di studio? Duo ini juga menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian dengan cara yang menghiburkan.

Saban minggu, persembahan Shuk mendapat gelak tawa penonton yang hadir ke studio. Bergabung dengan Bell Ngasri, mereka mempersembahkan sketsa mengenai finalis AJL32 yang bakal berlangsung pada 11 Februari ini.

Pemenang Arena BBB minggu lalu, Mark Adam membawa watak sebagai seorang mafia. Selebriti jemputan Mark Adam ialah Jiggy yang membawa watak sebagai adik. Menyanyikan lagu Tak Tun Tuang pada minggu ini, Mark dan Jiggy tidak melepaskan peluang untuk memberikan lawak yang bernas dan sarkastik.

Mengisahkan seorang pelanggan di kedai dobi, Abam dan pasangannya Mamak Putih membuatkan seluruh pelusuk studio hingar dengan lawak jenaka mereka. Masih dengan konsep lagu-lagu lama, mereka mengubah lirik lagu XPDC mengikut kesesuaian tema sketsa yang disampaikan.

Tiada penyingkiran dilakukan pada setiap minggu namun pemenang mingguan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000. Manakala, pada peringkat akhir iaitu Super Bintang Bersama Bintang, pemenang keseluruhan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100,000.

Sistem pemarkahan Bintang Bersama Bintang 2018 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 70% daripada panel juri dan 30% daripada undian atas talian. Untuk mengundi dan ketahui info lebih lanjut mengenai Bintang Bersama Bintang 2018, para penonton boleh ke laman sesawang www.xtra.com.my/BBB2018. Undian atas talian hanya dibuka pada hari bersiaran bermula jam 6.00 petang. Portal xtra (www.xtra.com.my) menampilkan berita hiburan dan kandungan sensasi dari seluruh negara selain siaran LIVE TV secara percuma yang dikuasakan oleh tonton.

Para penonton Bintang Bersama Bintang 2018 boleh mengikuti perkembangan para peserta Bintang Bersama Bintang 2018 melalui Komik Bintang Bersama Bintang (BBB) pada setiap Ahad jam 6.00 petang di TV3. Komik BBB memaparkan aktiviti harian para peserta di samping persediaan mereka untuk mempersembahkan sketsa mingguan. Para penonton boleh memeriahkan media sosial dengan #BBB2018.

BINTANG BERSAMA BINTANG 2018

Bintang Bersama Bintang 2018 juga dapat disaksikan secara HD di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

BINTANG BERSAMA BINTANG 2018

BINTANG BERSAMA BINTANG 2018

BINTANG BERSAMA BINTANG 2018

BINTANG BERSAMA BINTANG 2018

BBB 1

BBB 2

BBB 3

BBB 4

BBB 5

BBB 6

BINTANG BERSAMA BINTANG 2018

BINTANG BERSAMA BINTANG 2018

BINTANG BERSAMA BINTANG 2018

BINTANG BERSAMA BINTANG 2018

BINTANG BERSAMA BINTANG 2018

BINTANG BERSAMA BINTANG 2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Video Karaoke Tujuh Artis Terkemuka Malaysia ROCKETFUEL ENTERTAINMENT

Jom Meriahkan KARNIVAL HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2018