in , ,

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak Diserbu Lebih 300,000 Pengunjung!

Sambutan Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak telah mendapat sambutan hangat apabila diserbu lebih 300,000 pengunjung di pekarangan Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak! 

NABILA RAZALI

Karnival yang diadakan selama tiga hari berturut-turut ini (26 hingga 28 Januari) berjaya menarik pengunjung dari serata Borneo, termasuk pengunjung dari luar daerah yang sanggup meredah sejauh 700 kilometer untuk sama-sama memeriahkan karnival ini. 

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak Diserbu Lebih 300,000 Pengunjung!

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak yang dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak menjadi lebih istimewa kerana dirasmikan oleh Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada hari Sabtu, 27 Januari 2024. 

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak Diserbu Lebih 300,000 Pengunjung!

Turut hadir ialah Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid (Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad, MPB), Rafiq Razali (Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad MPB) dan Mohd Efendi Omar (Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia).

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak Diserbu Lebih 300,000 Pengunjung!

Cuaca hujan selama tiga hari di Kuching, Sarawak tidak menjadi penghalang kepada para pengunjung untuk bersama-sama meluangkan hujung minggu mereka bersama keluarga tersayang di reruai yang disediakan anjuran Media Prima Berhad. 

Antara reruai terhangat adalah Studio Tonton Drama Sangat yang menyediakan pertandingan kebudayaan Sarawak. Juara Pertandingan Tarian Tradisional telah dirangkul oleh Anak Seni Warisan Kenyalang (Kumpulan 1) yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500. Manakala di tempat kedua pula ialah Anak Seni Warisan Kenyalang (Kumpulan 2) (RM1,000) dan tempat ketiga dimenangi oleh Ngalai Borneo (RM500). 

Pertandingan Traditional Kostum Kanak-Kanak pula telah dimenangi oleh adik Nursharmimi Izzaty Bt Razi Shariman (16 tahun) dengan hadiah RM300, diikuti oleh Muhd Rafiqi Irsyad Bin Razi Shariman (10 tahun) dengan RM200, dan adik Nurul Syamilia Abdullah (14 tahun) dengan RM100. 

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak Diserbu Lebih 300,000 Pengunjung!

Kemunculan selebriti popular tanah air di Studio Tonton Drama Sangat juga disambut mesra oleh pengunjung apabila mendapat peluang untuk bertemu mesra dengan selebriti kegemaran mereka seperti Nabila Razali (wajah Tonton), Meerqeen (wajah Tonton), Anna Jobling (wajah Tonton), Aidit Noh (Akasia: Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah), Sherry Ibrahim (Filem Tonton: Detik), Raden Zaharatul (Lestary: Hawt Fellas), Atiq Azman (Lestary: Hawt Fellas), dan Trisha Ooi (Samarinda: Menanti Senja), pembaca berita Farah Nabilah Wazer (Buletin TV3) dan Mior Abdul Malek (Buletin TV3), personaliti TV9 seperti Nur Affizza Azmi (Buletin TV9), Zaira Sri Zakaria (Buletin TV9), dan Fizo Omar (Nasi Lemak Kopi O) serta artis jemputan Sharifah Shahirah (artis jemputan) dan Hael Husaini (artis jemputan).

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak Diserbu Lebih 300,000 Pengunjung!

Jom Esports Championship yang diadakan buat julung kalinya buat penggemar Mobile Legends juga berjaya menarik perhatian generasi baharu ke Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak. 

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak Diserbu Lebih 300,000 Pengunjung!

Pertandingan itu telah dijuarai oleh Foxura OG dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,500. Bagi tempat kedua pula telah dimenangi oleh MOTLEYCRUE (RM1,000) dan tempat ketiga dimenangi GB06 ESports (RM750). 

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak Diserbu Lebih 300,000 Pengunjung!

Tidak dilupakan juga acara kemuncak yang turut membuat warga Sarawak menari dan berseronok iaitu Konsert Jom Heboh! Konsert yang dihoskan oleh Muaz Mohamed (Kool 101) dan Aisha Mazlin (Hot FM) ini meriah dengan barisan penyanyi seperti TujuLoca, Kaka Azraff, Liza Hanim, Nizam Laksamana, Aepul Roza, Baby Shima, Khai Bahar, Hael Husaini, Indah Ruhaila, Rahmad Mega, Rem. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Nak Dapat Rebat Dengan Samsung Wallet pada Galaxy A15 & A25 5G!

Danna Langkawi Dah Buka Bilik Yang Diperbaiki, Lebih Mewah & Moden