in , ,

Senarai Program Menarik di TV3 Sempena Hari Raya Puasa Tahun 2024

TV3 Kembali Semarakkan Raya Anda Hiburan Buat Penonton Setia Untuk Kemeriahan Syawal 

Tidak lama lagi kita bakal menyambut Aidilfitri dan kemeriahan tahun ini bakal disambut dengan kenangan nostalgia Raya seiring dengan kempen ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’. 

Setiap kali tiba musim lebaran, TV3 terus menyajikan program-program hiburan yang menarik untuk penonton setianya sepanjang bulan Syawal. Nantikan program-program hiburan Syawal ini seperti Karaoke Kecoh Raya, Amir Jahari: Dari Hasrat Ke Juara Lagu, Istimewa Famili Duo 2023 dan Melodi Raya 2024. 

Bagi memeriahkan lagi suasana kampung halaman setiap keluarga pada Hari Raya, TV3 bakal membawakan program Karaoke Kecoh Raya yang dihoskan oleh Janna Nick dan menampilkan dua selebriti untuk setiap episod. Pada setiap episod ini, para selebriti akan melakukan cabaran nyanyian karaoke dan markah setiap cabaran akan dikira sepanjang persembahan. 

Menjelang penghujung episod, selebriti yang mempunyai jumlah mata terkumpul tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang utama! Karaoke Kecoh Raya akan dihangatkan lagi dengan kehadiran Shiha Zikir, Fiza Frizzy, Naim Daniel, Marsha Milan, Khai Bahar, Sharif Zero dan Izzue Islam. Sama-sama berkaraoke dengan selebriti kesayangan anda pada musim perayaan dari hari raya pertama hingga ketiga (10 – 12 April), pukul 4.00 petang.

Senarai Program Menarik di TV3 Sempena Hari Raya Puasa Tahun 2024

Amir Jahari: Dari Hasrat Ke Juara Lagu akan ditayangkan pada hari Sabtu, 13 April, iaitu hari raya keempat pada pukul 4.00 petang. Ikuti temubual eksklusif bersama Amir Jahari, pemenang Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-38 untuk menyelami perjalanan seni beliau, kebangkitan luar biasa, belakang tabir Anugerah Juara Lagu ke-38 serta proses pembuatan lagu “Hasrat” yang menjadi titik balik dalam kerjayanya. 

Dari memulakan karier dengan busking di jalanan hingga meraih anugerah muzik yang paling berprestij di Malaysia, program ini memperingati perjalanan Amir, pencapaiannya, perjuangannya, serta daya keteguhannya dalam bidang muzik untuk memberi inspirasi. 

Amir juga akan berkongsi pengalaman uniknya dalam industri muzik, merungkai jatuh bangun perjalanan kerjayanya, dan membuka ruang untuk menyelami kisahnya yang tidak diketahui oleh peminatnya.

Senarai Program Menarik di TV3 Sempena Hari Raya Puasa Tahun 2024

Istimewa Famili Duo 2023 merupakan versi yang istimewa dengan menampilkan persembahan terbaik dalam Famili Duo 2023. Famili Duo merupakan program realiti duo keluarga selebriti untuk menonjolkan bakat nyanyian dan kreativiti mereka. 

Istimewa Famili Duo 2023 membawakan Haqiem Rusli, Emma Suhaimi dan Sharif Zero yang akan memberikan reaksi terhadap persembahan terbaik mereka sepanjang mereka bertempur di Famili Duo 2023. Istimewa Famili Duo 2023 ini akan ditayangkan pada hari Ahad, 14 April pukul 4.00 petang.

Senarai Program Menarik di TV3 Sempena Hari Raya Puasa Tahun 2024

Sudah tiba masanya untuk menyambut hari raya yang bermakna bersama-sama dengan bintang – bintang terkenal Malaysia yang berlatarbelakangkan industri hiburan yang pelbagai. Melodi Raya 2024 kali ini menganjurkan rumah terbuka sambil bergembira dengan selebriti yang lama dan baharu. 

Melodi Raya 2024 ini diceriakan lagi dengan kehadiran Janna Nick, Raja Azura dan Saiful Apek sebagai hos dan barisan selebriti hangat tanah air seperti Bella Astillah, Adira, Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ Norman, Che Puan Sarimah, Aina Abdul, Amir Jahari, Dayangku Intan, Dato’ DJ Dave, Elite, Dolla, Naim Daniel, Anna Jobling dan ramai lagi. 

Senarai Program Menarik di TV3 Sempena Hari Raya Puasa Tahun 2024

Untuk pertama kalinya Melodi Raya memberi pengiktirafan kepada 2 orang penggiat seni iaitu Alif Satar dan Aina Abdul yang telah mencetuskan fenomena dengan aura positif, menjadi contoh yang baik dan sumber inspirasi kepada peminat mereka. Jangan lupa saksikan Melodi Raya 2024 tahun ini yang ditayangkan pada Ahad, 14 April, pukul 9.00 malam. 

Jangan lepaskan peluang untuk menonton program-program hiburan ini yang semestinya bakal memeriahkan lagi hari raya anda bermula 10 April 2024 di TV3. 

Anda juga boleh strim secara HD selepas satu jam bersiaran di kaca televisyen melalui www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV3Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cinta Tak Mungkin Dato’ Sri Siti Nurhaliza Lagu Runut Drama Malang Si Puteri

SHAHEIZY SAM

Senarai Filem Lejen Yang Menarik Sempena Hari Raya Puasa 2024 di TV9