in , ,

Ada Style! Filem THE EXPERTS Lakonan Syafiq Kyle Tampilkan Aksi Heist

Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap Akan ‘Merompak’ Perhatian Anda Bermula 23 Mei!

Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir. Filem ‘The Experts’ yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist. Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata. ‘The Experts’ menjanjikan pengalaman sinematik dengan kualiti produksi bertaraf antarabangsa, menggabungkan elemen aksi yang penuh ‘thrill’, elemen kekeluargaan dan humor yang relevan dengan penonton tempatan. 

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini bakal ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 23 Mei ini. 

Di Antara Pertalian Darah & Pertaruhan Berani

‘The Experts’ menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang

Ini merupakan gandingan pertama kali Aaron, Syafiq, Mimi, Remy dan Ray beraksi sebagai lima adik-beradik yang mempunyai kemahiran tertentu dalam misi mereka. Watak Aaron (Farid) bertindak sebagai ketua ataupun maestro, Syafiq (Keyrol) sebagai pakar risikan, Mimi (Emma) selaku pakar manipulasi, Remy (Amer) sebagai pakai penyamaran, dan Ray yang memainkan watak Lan sebagai pakar godam. 

Ada Style! Filem THE EXPERTS Lakonan Syafiq Kyle Tampilkan Aksi Heist

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Naratif dan skrip The Experts adalah hasil idea oleh pencipta francais box office Polis Evo iaitu Joel Soh. Manakala ia diarahkan oleh pengarah Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi. 

Ada Style! Filem THE EXPERTS Lakonan Syafiq Kyle Tampilkan Aksi Heist

Antara yang bakal menjadi perhatian ialah watak Pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM31, Remy Ishak dengan imej yang berlainan; kecekapannya menari tango bersama Maya Karin; watak antagonis oleh Jay Iswazir; persembahan lakonan Ray yang mengejutkan serta kelicikan watak Mimi dalam keanggunan wajahnya; melengkapkan lagi ‘mood’ berbeza-beza filem ini. Dari aspek produksi pula, pengarah dan tenaga produksi telah memberikan hasil berbeza menerusi sinematografi, warna visual, dan muzik skor. 

The Experts Poster

Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun yang agresif buat Astro Shaw apatah lagi selepas kejayaan filem Sheriff yang mendapat sambutan luar biasa. “Filem The Experts membawa perspektif baru dalam industri perfileman Malaysia melalui jalan cerita, lakonan serta kualiti produksi. Ia sarat dengan gabungan elemen aksi, komedi, kekeluargaan, dan memaparkan unsur lokal. Kami yakin itu adalah ‘formula’ untuk sebuah jalan cerita menarik serta relevan untuk semua golongan penonton. Kami berharap, The Experts bukan sahaja dapat diterima oleh penonton kita, tetapi mampu menjadi ‘identiti’ untuk filem aksi heist Malaysia.” 

Menggunakan tagline ‘Satu Rompakan Berkeluarga Terbesar’, lagu tema rasmi mengangkat muzik jazz, bertajuk ‘Cinta Indah Buat Kanda’ yang dinyanyikan oleh Yuka Kharisma, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Muzza. 

‘The Experts’ memperlihatkan kerjasama strategik pemasaran bersama jenama minuman Calpis Soda. Usaha sama ini telah menampilkan beberapa inisiatif, antaranya iklan eksklusif bertajuk ‘Fizz Operation’ yang melibatkan Dato Aaron Aziz dan Ray Dapdap. 

Selain itu, filem ini turut menerima sokongan daripada rakan jenama Petron Malaysia, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, Amee Philips dan PopLook

‘The Experts’ menyediakan pelbagai inisiatif pemasaran yang dirangka khusus untuk menambahkan lagi keterujaan penonton dan peminat. Antaranya, ‘Unlock The Safe’, ‘Heist The Truck’, dan siri jelajah filem.

Ikuti siri jelajah The Experts pada 24, 25, 26 Mei di Lembah Klang; 31 Mei di Seremban; 1 Jun di Johor’ 2 Jun di Melaka; 7 Jun di Kedah; 8 Jun di Penang; 9 Jun di Perak; Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.

Saksikan filem terbitan Astro Shaw ini dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures dan produksi oleh BlackFlag, di pawagam seluruh tanah air pada 23 Mei hadapan. Penonton sudah boleh membeli tiket sekarang bermula 17 Mei untuk menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 21 Mei mulai 6.00 petang, iaitu dua hari sebelum tarikh tayangan rasmi filem.  

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

Ada Style! Filem THE EXPERTS Lakonan Syafiq Kyle Tampilkan Aksi Heist

NOTA PRODUKSI

Tajuk : The Experts

Genre : Aksi “Heist”

Terbitan : Astro Shaw 

Dengan Kerjasama : Zak Capital, TGV Pictures

Penerbit Eksekutif : Raja Jastina Raja Arshad

Penerbit Eksekutif Bersama : Nazir Razak, Shaharul Rezza Hassan

Syarikat Produksi : BlackFlag Sdn Bhd

Penerbit : Joel Soh

Penerbit Penyelaras : Nana Azmi

Pengarah :Andre Chiew & Nazim Shah

Penolong Pengarah : Loy Yok Phin (Bunbun)

Skrip : Joel Soh

Lakon Layar : Joel Soh, Andre Chiew, Abilash Chandra, Mamu Vies, Kyle Goonting

Pengarah Fotografi : Tan Teck Zee

Penyunting : Lee Pai Siang

Pengarah Seni : Nazrul Asraff Mahzan

Kesan Visual : Viper Studios

Muzik Skor : Ricky Leonardi

Penata Bunyi : Hiro Ishizaka

Pereka Busana : Jessie Yeow

Penata Tatarias : Sue Lim

Ada Style! Filem THE EXPERTS Lakonan Syafiq Kyle Tampilkan Aksi Heist

Info Filem

Bahasa : Melayu    

Durasi : 121 minit    

Lokasi Penggambaran :  Lembah Klang    

Jumlah Hari Penggambaran : 45 hari  

Tarikh Tayangan di Pawagam : 23 Mei 2024

Barisan Pelakon

Aaron Aziz sbg Farid

Syafiq Kyle sbg Keyrol

Mimi Lana sbg Emma 

Remy Ishak sbg Amer

Ray Dap Dap sbg Lan

Hasnul Rahmat sbg Johar 

Wan Hanafi Su sbg Jaafar 

Tony Yusof sbg Bashir 

Maya Karin sbg Miranda 

Douglas Lim sbg Ah Teck 

Jay Iswazir sbg Glasses

Michael Ang sbg Chef Juan

Lagu Tema Utama

Lagu : Cinta Indah Buat Kanda

Artis : Yuka Kharisma

Durasi : Muzza

Komposer : Muzza

Sinopsis

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Edisi Ketiga Pameran Hari Ibu Bapa Tahun Emas di Mega Star Arena

Filem The First Omen Bakal Ditayangkan di Disney+ Hotstar Pada 30 Mei Ini