in , ,

ENCORE MELAKA Anjur Uji Bakat Terbuka Untuk ‘Show’ Musim Akan Datang

Setelah empat tahun operasi diberhentikan akibat pandemik, ENCORE MELAKA, sebuah seni bina di Asia Tenggara yang mengagumkan dan mempunyai auditorium berputar 360 darjah yang pertama di rantau ini, kini mencari bakat seni persembahan sebagai persiapan musim baharu produksi teater bertaraf dunia.

Pertama kali dibuka pada Julai 2018, teater ENCORE MELAKA yang berkapasiti 2,000 tempat duduk merupakan pentas persembahan luar negara yang pertama bagi Siri Impression dari China — ditubuhkan pada 1998 oleh pengarah terkenal, Zhang Yimou, Fan Yue dan Wang Chaoge. 

Produksi yang mendapat pujian tinggi ini menampilkan lebih 200 artis yang mempersembahkan persembahan berlatarbelakangkan pemandangan air dan pemetaan cahaya yang memukau, perlu ditonton untuk dirasai tarikannya.

ENCORE MELAKA Anjur Uji Bakat Terbuka Untuk Musim Akan Datang

Pengasas ENCORE MELAKA, Datuk Wira Boo Kuang Loon berkata, “Selepas berjaya mengharungi cabaran pandemik yang belum pernah terjadi sebelumnya, kami berasa amat bangga untuk kembali ke pentas semula. Dengan ketibaan semula pelancong dan Melaka sebagai destinasi popular yang kaya dengan budaya, kami teruja dalam mengalukan bakat tempatan baharu dan menyertai kami dalam mencipta produksi baru.”

Bergabung tenaga dengan WYC Dance Studio dan Arts Centre (WYC) dalam menyediakan platfom kepada artis yang sudah berpengalaman mahupun masih baharu untuk mempamerkan bakat mereka, ENCORE MELAKA dengan teruja mengumumkan uji bakat terbuka pada hari Ahad, 26 Mei dari jam 2:00 petang hingga 5:00 petang.

ENCORE MELAKA Anjur Uji Bakat Terbuka Untuk Musim Akan Datang

Syarat-syarat:

  • Umur: 18-30 tahun 
  • Mempunyai minat mendalam dalam seni persembahan 
  • Bersedia dengan 1 minit persembahan yang menunjukkan bakat anda
    (mengikut pilihan masing-masing, tetapi sangat digalakkan) 
  • Mempunyai pengalaman pentas (satu kelebihan, tetapi tidak diwajibkan)
    Individu yang berminat disarankan untuk mengisi https://bit.ly/ENCOREMELAKAAUDITION dan menghadiri sesi uji bakat terbuka untuk proses yang lebih lancar.
ENCORE MELAKA Anjur Uji Bakat Terbuka Untuk Musim Akan Datang

Bagi mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal, sila lengkapkan borang tersebut sebelum jam 5 petang, 26 Mei 2024, dan anda akan dihubungi secara berasingan.

“Menyediakan arena antarabangsa untuk artis tempatan kami mempamerkan bakat mereka adalah sesuatu yang sangat dekat di hati kami.

Kami percaya, bukan sahaja akan meningkatkan nilai artistik persembahan kami, tetapi juga menghidupkan semula misi kami dalam menyampaikan kisah-kisah kaya yang diilhamkan oleh warisan budaya Malaysia yang unik dan pelbagai.

Artis tempatan kita turut boleh menunjukkan bakat mereka kepada penonton dari dekat dan jauh,”

– Boo
ENCORE MELAKA Anjur Uji Bakat Terbuka Untuk Musim Akan Datang

Tentang ENCORE MELAKA

Terletak hanya 3.5km dari Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka, ENCORE MELAKA ialah pusat seni persembahan pelbagai tempat (“multi-venue”). Menampilkan auditorium unik yang berputar 360° dengan 2,000 tempat duduk, teater yang dilengkapi pelbagai pentas ini mempunyai antara kemudahan paling canggih serta pentas terpanjang di Asia Tenggara. Sebagai keajaiban seni bina (“architectural marvel”) Asia Tenggara, ENCORE MELAKA dalam misi untuk mempamerkan bakat seni persembahan Malaysia ke seluruh dunia, menawarkan pengalaman budaya dan hiburan yang mendalam untuk pengunjung dari dekat dan jauh.

Untuk maklumat lanjut dan jadual pementasan, sila layari https://encore-melaka.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kroll Lancar Single Lentera Cinta Ciptaan Sheikh Qalam Bersama Saladin

GLAMPING SELANGOR TRAVEL

Senarai Zoo Peliharaan Kecil & Ladang Binatang Ternakan di Selangor