in , ,

Muaz Zabir Tidak Gentar Walau Terima Ancaman Dilarang Masuk Singapura

Susulan kontroversi menjalinkan hubungan dengan Bella Astillah, pelakon Muaz Zabir berkata dia menerima beberapa ancaman termasuk dilarang masuk ke Singapura.

Muaz berkata dia menerima ancaman tersebut menerusi mesej di Instagram dan TikTok, namun dia tidak gentar kerana setiap negara tersebut ada undang-undang.

“Saya terima ancaman jangan datang Singapura. Walaupun menerima ancaman saya lihat daripada sudut positif. Insya-Allah, kalau saya dengan niat yang betul, untuk bekerja serta tidak menganggu sesiapa, tiada apa yang akan berlaku.

“Sebab kita ada undang-undang. Jika saya ke sana (Singapura) untuk bekerja apa salahnya, bukan hendak cari gaduh. Sebolehnya saya tidak ingat membabitkan dua negara. Saya sedang cuba meneruskan kehidupan dengan cara yang terbaik,”

– Muaz

Sementara itu, Muaz berkata tiada keperluan untuk dia mengambil tindakan undang-undang susulan ancaman tersebut namun dia akan berhati-hati walau dimana berada.

“Ancaman memang ada dan jenayah pun sentiasa ada di mana-mana. Tetapi saya tidaklah sampai perlu mengupah pengawal keselamatan atau membuat laporan polis berhubung perkara ini. Saya akan cuba berhati-hati walau di mana sahaja saya berada,” katanya.

Dalam pada itu, Muaz mengakui kontroversi tersebut memberi kesan yang besar dalam kehidupannya serta keluarga.

“Saya tidaklah trauma sampai tidak boleh teruskan kehidupan. Tetapi saya mengaku apa yang berlaku memberi impak yang besar dalam diri saya dan keluarga,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menangi Tiket Premiere & Merchandise Filem THE GARFIELD MOVIE

Kempen ‘Golden Ticket’ 2024! Ganjaran Hebat ‘Silver Ticket’ di Suria KLCC