in

Pelancaran Video Karaoke Tujuh Artis Terkemuka Malaysia ROCKETFUEL ENTERTAINMENT

Buat julung-julung kalinya, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. menghimpunkan tujuh nama besar industri muzik tanahair dalam sebuah sesi media istimewa bersama Rocketfuel Entertainment. Hafiz Suip, Syamel, Sufi Rashid, Ara dan Adira merupakan antara barisan penyanyi yang tidak asing lagi kerana masing-masing telah mencapai kejayaan demi kejayaan yang mengagumkan di dalam serta luar negara dengan pelbagai anugerah serta pengiktirafan yang diterima sepanjang bergelar anak seni. Selain itu, dua nama baru juga turut diperkenalkan dalam sesi media pada hari ini iaitu Masya Masyitah dan Farhan Mustapha.

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT

Fokus utama sesi media istimewa ini adalah untuk melancarkan video karaoke ketujuh-tujuh artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment di setiap cawangan Red Box.

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT

Para pengunjung pusat-pusat karaoke Red Box seluruh negara kini berpeluang untuk berhibur sambil menyanyikan lagu-lagu penyanyi kegemaran mereka:

HAFIZ SUIP
Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Hafiz Suip, penyanyi bersuara emas ini kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ dengan mengangkat momen-momen besejarah dalam hidupnya seperti kelahiran putera sulungnya baharu-baharu ini.

SYAMEL
Selepas kejayaan ‘Lebih Sempurna’ yang memberangsangkan, juara Duo Star ini mempertaruhkan single ‘Biar Cinta’ yang merupakan kesinambungan single terdahulu dengan persembahan vokal bertenaga yang merupakan trademark beliau.

SUFI RASHID
Juara Akademi Fantasia kelahiran Singapura ini berkolaborasi dengan penyanyi serta penggubah lagu muda berbakat besar iaitu Haqiem Rusli dalam single ‘Aku Sendiri’ di mana beliau mempamerkan kebolehan bermain piano.

ARA
Single ‘Warkah Untukku’ ternyata mendapat sambutan luar jangkaan dan sekaligus melonjakkan nama Ara sebagai seorang penyanyi yang perlu diberi perhatian dan dengan single ‘Bunga’ terbaharu daripadanya ia trurut menerima respon yang positif.

ADIRA
Walaupun menyepi beberapa ketika, Adira tidak senyap begitu sahaja tetapi bangkit dengan single ‘Sembunyi’ yang memaparkan sisi lain yang tidak pernah kedengaran sebelum ini dan menonjolkan kebolehan beliau sebagai penyanyi yang versatil.

Masya Masyitah
Masya merupakan ahli termuda dalam keluarga besar Rocketfuel Entertainment dan merupakan juara Ceria Popstar yang menonjolkan pendekatan yang lebih matang dalam menyanyikan single terbaharunya yang berjudul ‘Mawar Terbiar’.

Farhan Mustapha
Setelah beberapa tahun berjuang dan menyertai pelbagai rancangan pertandingan nyanyian, Farhan muncul dengan lagu ciptaannya sendiri di mana beliau meluahkan segalanya dalam single ‘Wayang’ dengan keunikan vokal yang tersendiri.

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Lancar Sistem Pengecaman Wajah di Lapangan Terbang

RM 10,000 Milik Ajak Minggu Keempat Arena Bintang Bersama Bintang