in , ,

Kehebatan Muzik Bertaraf Antarabangsa David Foster Gegarkan Mega Star Arena

Persembahan Power of Love dari Dato’ Seri Siti Nurhaliza menjadi viral, Konsert David Foster Bertaraf Dunia Oleh Prihatin Gegarkan Mega Star Arena Diperkatakan Ramai.

Selepas kejayaan luar biasa konsert “Rossa 25th Shining Concert” yang meraih sorakan gemuruh di Kuala Lumpur pada bulan November lalu, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) kembali mengambil langkah berani dengan menganjurkan acara unggul “Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023” yang berlangsung megah di Mega Star Arena, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur pada hari Isnin lalu

Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023

.Konsert eksklusif ini merupakan inisiatif PRIHATIN yang menampilkan maestro musik terkemuka dunia, David Foster, serta paduan suara penyanyi antarabangsa ternama seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred, Katharine McPhee, dan juga penyanyi terkemuka dari Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023

Konsert yang menyaksikan gandingan hebat penyanyi terkemuka di Malaysia bersama komposer dan pemuzik terkenal bertaraf antarabangsa ini bukan sahaja dilihat berpotensi tinggi untuk mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa dan mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dengan negara luar, malah secara tidak langsung dana kebajikan untuk memperkasakan pendidikan dalam kalangan pelajar yang memerlukan dapat dikumpul melalui penganjuran konsert amal berskala antarabangsa oleh PRIHATIN. 

Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023

Menurut Dato’ Sri Siti Nurhaliza, beliau amat bersyukur dan merasa bertuah kerana diberi peluang dan kesempatan untuk berganding bersama pemuzik dan komposer terkenal itu.

“Saya pernah berkolaborasi bersama David Foster pada sembilan tahun yang lalu, dan Alhamdulillah, doa saya untuk bergandingan sekali lagi dengan beliau di atas satu pentas yang sama telah dimakbulkan,”

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023

“Saya juga berasa gembira dan amat berterima kasih kepada para peminat kerana sentiasa memberikan sokongan penuh kepada saya dan sudi menyumbang untuk dana kebajikan di Malaysia melalui Yayasan Prihatin Nasional. Terima kasih juga kepada PRIHATIN dan B De Paris atas kerjasama yang sangat memberangsangkan dalam penghasilan konsert ini bagi membolehkan rakyat Malaysia memberi sumbangan secara tidak langsung bagi membantu mereka yang memerlukan,” ujar Figura Nombor Satu Negara itu. 

Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali berkata, “Penganjuran Konsert David Foster & Friends yang menampilkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini bakal memberi manfaat buat pelajar Malaysia yang kurang berkemampuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup di kampus. 

PRIHATIN amat proaktif dalam menjalankan program-program bersifat kebajikan, terutamanya dalam memperkasakan pendidikan Malaysia ke aras yang lebih tinggi di persada dunia. Saya teruja kerana diberi peluang untuk menganjurkan konsert ini yang bukan hanya bersifat komersial semata-mata tetapi turut menekankan konsep ‘Berhibur Sambil Beramal’ dan saya amat bersyukur dengan penglibatan semua artis yang bersetuju untuk sama-sama mencari dana melalui jualan tiket, seterusnya menyalurkan sebahagian hasil jualan untuk tujuan kebajikan.

– Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali
Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023

PRIHATIN turut berterima kasih kepada pihak korporat, selebriti dan juga orang ramai yang memberi sokongan penuh melalui pembelian tiket, sekaligus memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.” 

Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023

Turut hadir memeriahkan konsert ini YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri-Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Noor (Isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang), YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Mukhriz (Putera DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), YAM Tunku Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra (Puteri kepada DYMM Pemangku Raja Perlis), YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh (Ketua Menteri Melaka), YB Dato’ Sri Azalina Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Undang-Undang & Reformasi) Hawa Rizwana, Nabil Ahmad, Diana Rafar, Sissy Iman dan Fazli Zainal. 

Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program POLICE FILE Doku Penyiasatan Merungkai Kes dari Fail PDRM

ND LALA

Ibu Bapa Penyanyi Shila Amzah, ND Lala & Mamazie Sah Bercerai Pada 2 Ogos