in , ,

Pengikut IG Zahirah MacWilson Bertambah Dari 2.4 Juta Ke 3 Juta

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pelakon Fatiya Latiff mengeluarkan kenyataan aktres Zahirah MacWilson dilihat seperti bibik baginya.

Susulan kenyatannya itu, rata-rata netizen mengecam aktres berkenaan dan ramai yang mempertahankan Zahirah. Sehingga kini, Zahirah dan suaminya, Aiman Hakim Ridza tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Diruangan komen Instagram Zahirah, rata-rata netizen mengatakan Aiman membuat pilihan yang tepat berkahwin dengan Zahirah.

Lebih menjadi perhatian, hasil tinjauan mendapati pengikut Instagram Zahirah daripada 2.4 juta kini sudah mencecah 3 juta.

Terdahulu, Fatiya menegaskan sebagai rakyat Malaysia dia mempunyai hak kebabasan bersuara dalam memberikan sesuatu pandangan.

Katanya lagi, dia tetap dengan pendapatnya bahawa pelakon Zahirah seperti bibik serta tidak gentar jika disaman oleh aktres berkenaan dan suaminya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Bukan Sakit Mental Kalau Tengah Khayal Dadah,” – Izara Aishah

LANGKAH SEIRINGAN AFIEQ SHAZWAN

Afieq Shazwan Memilih Ashyraff Khan Berduet Dalam Langkah Seiringan