in , ,

Saya & Suami Maafkan – Tak Saman, Heliza Helmi Faham Keadaan Fathia Latiff

Sebelum ini, suami kepada selebriti Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman tiba-tiba dipetik didakwa gagal menyiapkan rumah yang dibeli Fathia Latiff sejak lima tahun lalu.

Terbaru, Heliza Helmi menjelaskan pihaknya tak terkesan dengan tuduhan Fathia dan memahami kondisi kesihatan yang dilalui aktres tersebut.

Masa mereka buat live tu, saya betul-betul tak tahu apa-apa. Tapi bila ada orang forwardkan, jujurnya saya faham.

Saya taklah mengenali Fathia secara rapat tapi bila dia keluarkan kenyataan macam tu, saya rasa satu Malaysia sudah faham keadaan dia.

Disebabkan itu, Heliza tak mengeluarkan sebarang respon balas dan menganggap Fathia kini sedang diuji.

“Apa yang diperlukan adalah doa dari seluruh mukmin,” katanya.

Dia dan suami tak bercadang untuk mengambil tindakan saman dan memaafkan pelakon itu. Dia bagaimanapun menegaskan suami bukanlah ‘scammer’ seperti yang dikatakan. Tapi, kalau tuduhan masih berlarutan, pihaknya akan fikirkan solusi seterusnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Norreen Iman Kongsi Kisah Sebak Doa Makbul Masa Terperangkap dalam Hujan

Viral Majlis Nikah Mewah, Youtuber Terkenal Ria Ricis Fail Cerai Lepas 2 Tahun