in , ,

Afieq Shazwan Memilih Ashyraff Khan Berduet Dalam Langkah Seiringan 

Dalam kehangatan kisah pelbagai langkah itu dan langkah ini. Afieq Shazwan memilih Langkah Seiringan sebagai tajuk utama perdebatan. Tetapi bukan perdebatan politik, Afieq memilih untuk berdebat tentang Langkah yang lebih positif di dalam Lagu.

Tidak berseorangan di dalam single cover Kali ini, Afieq Shazwan memilih untuk berduet dengan Juara Bintang Kecil peringkat WPKL 2022 – Ashyraff Khan. Asyraff Khan juga merupakan peserta program realiti The Chosen One Astro Ceria yang tidak dipilih oleh Afiq Syazwan sebagai protege diperingkat prelude.

AFIEQ SHAZWAN PILIH PROTÉGÉ YANG DI REJECT DALAM LANGKAH SEIRINGAN 2024

“Saya setuju dengan projek duet Kali ini kerana ianya merupakan duet yang menarik di mana Saya berganding dengan penyanyi junior. Dan kebetulan Lagu Langkah Seiringan ini dirakam oleh penyanyi asal Mamat bersama Kumpulan Exist sewaktu vokalis Kumpulan itu masih belasan tahun. Jadi, Saya Rasa feel untuk membangkitkan nostalgia itu memang dapat dirasakan dibahagian Asyraff Khan nyanyikan. Kebetulan suara Asyraff seakan akan suara Mamat. Tidak Sama tapi seakan akan.” 

“Jujurnya ini juga Satu lagi  kelainan  dalam kerjaya saya yang juga saya anggap sebagai Satu penghormatan apabila  dapat merakamkan kembali Lagu berhantu nyanyian seorang lagi penyanyi lagenda lelaki tanah air.

– Afieq Shazwan
AFIEQ SHAZWAN PILIH PROTÉGÉ YANG DI REJECT DALAM LANGKAH SEIRINGAN 2024

Langkah Seiringan – Lagu Kumpulan Exist yang sangat popular disekitar tahun 90 An itu pastinya sekali lagi akan membawa peminat Lagu Lagu balada 90 an  kembali kepada nostalgia lama.

“Saya yakin lagu berhantu ini peminatnya sungguh luar biasa. Pakej dilengkapi dengan aura dan suara uncle Mamat dan Exist yang semua orang perkatakan tentangnya pada masa itu. Sebagai pendatang baru, tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan saya ketika dimaklumkan yang Saya terpilih untuk projek ini. Siapa tak terharu dapat duet dengan Idola sendiri dan nyanyi pula lagu popular yang bila sebut tajuk je semua orang Tahu,”

– Asyraff Khan
AFIEQ SHAZWAN PILIH PROTÉGÉ YANG DI REJECT DALAM LANGKAH SEIRINGAN 2024

AMIRUL ASYRAFF KHAN B HAMIMI SHAMSUL  – Ashraff Khan  12 Tahun,  yang berasal Dari Wangsa Maju Kuala Lumpur merupakan Anak bongsu Dari 3 orang adik beradik. 

“Saya memang minat Lagu Exist. Lagu  Untuk Mu IBU selalu Saya nyanyikan setiap Kali Ada persembahan di sekolah atau di mana mana. Terima Kasih FMC Music kerana percaya pada bakat Saya dan  bagi peluang keemasan ini”

– Asyraff Khan

Lagu Langkah Seiringan versi duet Afiq Shazwan dan Asyraff Khan ini telah  dilancarkan di YouTube FMC Music dan semua platform digital bermula 11hb Januari 2024.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengikut IG Zahirah MacWilson Bertambah Dari 2.4 Juta Ke 3 Juta

N Three Beauty Susun Strategi Mahu Setanding dengan Jenama Luar