in , ,

Iqram Dinzly Syukur Nama Masih Jadi Sebutan Walau Lama Tak Keluar TV

Pelakon Iqram Dinzly mengambil pendekatan tidak mempedulikan atau mengendahkan kata-kata netizen yang memetik namanya di siaran langsung aktres kontroversi, Fathia Latiff. 

Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, dia memilih untuk memberikan fokus kepada beberapa perniagaan yang kini diusahakan olehnya.

“Alhamdulillah, itu bermakna Allah sedang mengangkat darjat nama Iqram Dinzly, walaupun apa yang terjadi di dalam media sosial mesti akan bersangkut paut dengan saya, walaupun yang gila itu, Prince Chiki Dinzly.
“Biarlah orang nak kaitkan saya dengan Fathia Latiff ke, dengan siapa ke. Alhamdulillah, kerana zaman sekarang orang kejarkan viral (tular) dan glamor, tapi macam saya tak kejarkan semua itu.
Yang penting ketika ini, saya duduk diam-diam untuk jadi ahli perniagaan yang berjaya. Itu saja fokus ketika ini,”

– Iqram Dinzly

Iqram menegaskan, biarpun wajahnya kurang menghiasi kaca televisyen atau layar perak ketika ini, namun namanya kekal relevan dikalangan pengguna media sosial. 

“Sebenarnya, nama saya sentiasa disebut-sebut dan ia dianggap sebagai salah satu anugerah daripada Allah. Ini yang mana, masih ramai yang mengingati saya walaupun sudah lama tidak terbabit dalam industri hiburan.
“Terima kasih kepada netizen kerana sering mengaitkan nama Iqram Dinzly dengan mana-mana saja ‘kegilaan’ di kalangan masyarakat Malaysia,”

– Iqram Dinzly

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Iqram tampil dalam filem berjudul Korsakoff terbitan D’Alpha Legacy Sdn Bhd yang bakal bersiaran pada 14 Mac depan di saluran Astro First.

Filem Korsakoff berkisar kisah wanita kekurangan vitamin B1 yang diculik, difahamkan sudah meraih trofi Filem Psikologi Terbaik pada Festival Filem Dunia Cannes (CWFF).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raf Yaakob Akhirnya Dedah Punca Bercerai Dengan Mawar Rashid

Amy Ukays Tolak Buat Lagu Raya Aliff Syukri Sebab Ada Sikap Lupa Diri