in , ,

Pakej 5G Rahmah dengan HONOR 90 Lite 5G: Nikmati 5G Pada Harga Mampu Milik

4 Sebab HONOR 90 Lite 5G pilihan terbaik untuk Pakej 5G Rahmah

Diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital – Fahmi Fadzil – Pakej 5G Rahmah merupakan inisiatif kerajaan yang menawarkan pakej pelan data mampu milik untuk rakyat Malaysia. Buat masa sekarang, Celcom Digi, Maxis, Unifi Mobile, U Mobile dan Yes telah mengesahkan akan melancarkan Pakej 5G Rahmah. Golongan B40 boleh membeli HONOR 90 Lite 5G pada harga RM120, dan menikmati data Internet 60GB dengan bayaran bulanan RM60, pakej tersebut akan tersedia mulai 31 Ogos 2023.

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia, pelan data-peranti ditawarkan dengan kelajuan 5G dan kuota 60GB, tersedia bermula 31 Ogos 2023.

HONOR 90 Lite menjadi salah satu pilihan yang ditawarkan dengan pelan data, dan di sini alasan mengapa peranti ini paling sesuai sebagai pilihan anda dari segi kelajuan, kecekapan dan mampu untuk dimiliki. 

HONOR 90 Lite Pakej Rahmah

Serlahkan Kuasa HONOR 90 Lite 5G: Pilihan Terbaik Anda

Ketahui beberapa sebab HONOR 90 Lite 5G memegang takhta sebagai pilihan telefon pintar terbaik dalam kelas tersendiri.

1. Kamera Ultra Clear 100MP: Tingkatkan Fotografi Anda

Tidak ada yang lebih baik berbanding merakam detik-detik harian anda dengan kejelasan yang tiada tandingan. HONOR 90 Lite 5G dimegahkan oleh binaan tiga kamera yang menakjubkan, diteraju oleh Kamera Ultra Clear 100MP. Memiliki peranti termaju dalam tangan, rakyat Malaysia dapat merasai keajaiban fotografi yang semula jadi. Walaupun saiz foto dipotong mengikut kesesuaian anda, setiap perincian kekal terang, menawarkan dimensi baharu kepada kerja kreativiti anda. HONOR 90 Lite 5G merakam imej lain dari yang lain, dengan perhubungan dan keselesaan yang sebenar.

2. Paparan Keselesaan Mata Super 6.7’’: Melindungi Penglihatan Anda

Bahagian Kajian dan Pembangunan (R&D) HONOR bukanlah asing dalam dunia teknologi yang mementingkan kesihatan pengguna apabila memperkenalkan revolusi teknologi Paparan Keselesaan Mata dalam HONOR 90 Lite 5G. Memiliki Sijil Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerlipan TÜV Rheinland untuk perlindingan mata yang berterusan, pengguna dapat menikmati penggunaan telefon pintar tanpa masalah keletihan atau ketidakselesaan mata.

Alami keasyikan Paparan Malam Sirkadia, iaitu ciri-ciri yang merangsang penghasilan melatonin dan mempertingkatkan kualiti tidur anda. Bukan itu sahaja, Pemalapan Dinamik merangsang pergerakan otot siliar mata sekalgus mengurangkan keletihan mata sehingga 18%. Untuk penyesuaian bagi mendapatkan pemandangan terbaik, terdapat beberapa pilihan seperti Mod Keselesaan Mata, Mod E-Buku, atau Mod Gelap untuk keselesaan yang bersesuaian. Semestinya penjagaan keselamatan pengguna diutamakan!

3. Memori Besar dan Penstoran 13(8+5)GB+256GB: Memperkasa Pengalaman Anda

HONOR 90 Lite 5G hadir dengan gabungan memori 8GB dan penstoran 256GB. Rakyat Malaysia bebas untuk meningkatkan kebolehan tugasan pelbagai dengan keupayaan memori HONOR 90 Lite 5G yang besar. Ia mampu menyimpan sehingga 57,808 gambar, 22,322 lagu, atau 892 video HD dalam fail media. Alami kuasa transformatif HONOR RAM Turbo, RAM 8GB diperbesarkan sehingga 13GB bagi prestasi yang lebih baik sama ada untuk permainan game atau hiburan. Bukan itu sahaja, peminat boleh keluar-masuk aplikasi dengan mudah dan lancar tanpa menjejaskan prestasi. Dengan HONOR 90 Lite 5G, perjalanan digital anda pastinya menjadi lancar.

4. Alami Gabungan Ringan dan Berkuasa: Lihat dengan Lebih Dekat

Manjakan diri anda dalam dunia inovasi dengan HONOR 90 Lite 5G. Hanya senipis 7.48mm dan berat hanya 179g, ia mudah dibawa ke mana sahaja dengan gaya elegan. Layari dunia anda dengan bateri 4500mAh, dengan penstriman muzik sehingga 15 jam, tontonan video 14.4 jam, melayari klip video pendek selama 20.5 jam, atau meneroka media sosial selama 16 jam. Rakyat Malaysia adalah pengguna peranti mudah alih yang tinggi, jadi mereka pastinya lega pengecas HONOR Super Charge 22.5W memastikan kuasa kekal hidup untuk apa jua gaya hidup.

Serlahkan Kuasa HONOR 90 Lite 5G dengan 5G Rahmah: Pilihan Terbaik Anda

Raikan perhubungan masa depan dan nilai Pakej 5G Rahmah – dengan HONOR 90 Lite 5G – apabila inovasi bertemu mampu milik, dan pengalaman digital anda diterjemahkan semula. Rakyat Malaysia, anda tidak perlu lagi mencari yang lain dengan adanya HONOR 90 Lite 5G mampu milik yang eksklusif dalam tangan.

Maklumat lanjut tentang HONOR 90 Lite 5G lain-lain perkara tentang HONOR, layari kami di: https://bit.ly/HONOR90SeriesPR 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TONY ROMAS

Merdeka Lebih Meriah Bersama Menu Terbaharu Tony Roma’s ‘Plate Trio-Tic’

KONSERT SHEILA MAJID

Peminat Sabah Ubati Kerinduan di Konsert Sheila Majid Big Band Live In KK