in , ,

DJ Lin Menang Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Kali Keempat 

Tahniah Budiey Channel Ucapkan Buat DJ Lin Yang Berjaya Menang Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Kali Keempat Berturut-Turut 

Info menarik buat semua pendengar setia Suria Cinta, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin sekali lagi melakar sejarah setelah berjaya memenangi pengiktirafan sebagai ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia’ untuk kali keempat berturut turut bagi anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2024 yang berlangsung baru-baru ini. 

Meskipun tidak dapat hadir pada majlis penganugerahan kerana sedang menunaikan ibadah Umrah, DJ Lin tetap merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya sehingga kini. 

DJ Lin Menang Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Kali Keempat Berturut-Turut

“Terima kasih kepada keluarga, peminat, rakan media, team Suria FM dan pengurusan Star Media Group Berhad di atas sokongan yang tidak berbelah bagi buat saya sepanjang menjadi penyampai radio sejak tahun 1999 sehingga kini.

Juga, sekalung penghargaan kepada rakyat Malaysia yang mengundi dan sekali lagi memilih saya sebagai penerima anugerah yang berprestij ini.

Pengiktirafan ini sememangnya akan menjadi penguat semangat dan inspirasi buat saya untuk terus memberikan komitmen yang padu terhadap jenama Suria dan industri radio Malaysia,”

– DJ Lin

Anugerah ini merupakan hasil dari kajian bebas yang dilakukan oleh agensi penyelidikan pasaran terkemuka, Catalyst Research dengan keputusan yang diterbitkan secara eksklusif dalam majalah Reader’s Digest Malaysia.

Kajian ini melibatkan 2000 sampel individu dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia bagi menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama, produk, dan personaliti yang yang paling dipercayai oleh mereka yang mempunyai lebih dari 45 kategori yang berbeza.

Dengarkan Suria Cinta bersama DJ LIN setiap malam di Suria FM bermula 8 malam hingga 1 pagi, dan mulai Isnin, 6 Mei 2024, anda berpeluang memenangi sebahagian daripada RM 24,000 menerusi peraduan #LaguCintaGlowBetty. 

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Peranti

Konsert Simply The Best: Celebrating Tina, Rock ‘N Roll Queen di Zepp KL