in , ,

Peminat Sabah Ubati Kerinduan di Konsert Sheila Majid Big Band Live In KK

Kerinduan peminat-peminat setia Sheila Majid di Kota Kinabalu, Sabah terlunas dengan kejayaan hebat konsert Sheila Majid Big Band Live In Kota Kinabalu.

Konsert dengan durasi dua jam tersebut berlangsung dengan kemeriahan dan gemilang dengan disaksikan sekitar 2500 para peminat yang membanjiri Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) seawal 6 petang.

Konsert yang mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah, kata penganjur dibawakan ke Kota Kinabalu demi memberikan pengalaman berharga buat peminat Dato’ Sheila Majid di Sabah yang terlepas menyaksikan Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur pada 18 Mac lalu.

SHEILA MAJID BIG BAND LIVE IN SABAH  MEDIA

Konsert dengan konsep yang sama terdahulu pernah dilaksanakan di Kuala Lumpur dan kerana sambutan yang hangat dan memberangsangkan telah membuatkan Firm Horizons selaku penganjur terpanggil untuk membawakan konsert hebat ini ke Kota Kinabalu, Sabah.

Sebahagian daripada hasil jualan tiket konsert tersebut turut disumbangkan kepada Yayasan Kebajikan Sabah (KYJ) bertujuan menyokong usaha murni mereka membantu masyarakat yang memerlukan.

SHEILA MAJID BIG BAND LIVE IN SABAH  MEDIA

Menurut Pengarah Urusan Firm Horizon Sdn. Bhd, Encik Raymond Fang, “Setelah mengambil kira semua faktor dan jumlah peminat Dato’ Sheila Majid yang sangat banyak, kami di Firm Horizon Sdn. Bhd. sangat berbesar hati membawakan Konsert Sheila Majid Big Band yang mendapat sambutan cukup hangat di Kuala Lumpur pada Mac lalu dibawakan secara eksklusif kepada para peminat di Borneo, terutamanya di Kota Kinabalu.

SHEILA MAJID BIG BAND LIVE IN SABAH  MEDIA

“Penganjuran yang mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Ketua Menteri ini berjaya direalisasikan kerana kami memperoleh permintaan yang tinggi dalam kalangan peminat yang terlepas menonton konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur ,” ujar Raymond Fang, Pengarah Urusan Firm Horizon Sdn Bhd.

“Konsert ini memberi suasana pengalaman muzik yang mengasyikan dengan penampilan Sheila Majid bersama 17 pemuzik pimpinan pengarah muzik Mac Chew,” ujar Aaron wakil dari Al Activators selaku penganjur bersama ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, sebelum konsert berlangsung.

SHEILA MAJID BIG BAND LIVE IN SABAH  MEDIA

Penyanyi kesayangan Malaysia, Sheila Majid mempersembahkan 20 buah lagu termasuk lagu-lagu wajib rakyat Malaysia seperti Pengemis Muda, Lagenda, Ku Mohon, Aku Cinta Padamu dan Sinaran. 

Hadir mempesona dengan dua busana, celoteh Sheila di atas pentas sering dinanti-nantikan oleh para peminat selain kelunakan suaranya. Diringi para pemuzik hebat, konsert ini dikendalikan oleh Jennifer Thompson selaku Pengarah Konsert.

SHEILA MAJID BIG BAND LIVE IN SABAH  MEDIA

“Saya benar-benar gembira melihat kehadiran semua, ‘full house’ dan menerima sokongan daripada rakyat Sabah, Kuala Lumpur, Brunei. Setiap individu berkumpul dan muzik menyatukan hati,” ujar Sheila mengalu-alukan kehadiran penonton konsert terhormat termasuk Yang diPertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dan menteri kabinet negeri dan persekutuan lain.

SHEILA MAJID BIG BAND LIVE IN SABAH  MEDIA

Sheila Majid turut mendendangkan lagu Wira Hatiku sebagai penghargaan buat barisan hadapan yang berjuang selama dua tahun membantu sewaktu pandemik. 

Selain itu, penyanyi Warna tersebut turut mendedikasikan sebuah segmen dengan lagu-lagu medley Tan Sri P. Ramlee iaitu Aduh Sayang, Getaran Jiwa, Bunyi Gitar, Tiru Macam Saya, Manusia sebagai  tanda peringatan terhadap lagenda gergasi tanah air kita yang telah membentuk landskap muzik negara.

SHEILA MAJID BIG BAND LIVE IN SABAH  MEDIA

Malam itu juga menyoroti lagenda Malaysia, Jimmy Boyle, seorang komposer prolifik dan pemain piano jazz yang berasal dari Pulau Pinang.

Di bawah arahan Mac Chew, ensembel virtuoso untuk konsert Sabtu lalu menampilkan Jenny Chin, Hanson Lee, Steve Thornton, Muhammad Khairul Aiman ​​Mohd Radz, Ahmad Zapuwan Ismail Puasa, dan John Ashley Thomas.

SHEILA MAJID BIG BAND LIVE IN SABAH  MEDIA

Pasukan saksofon dikendalikan oleh Then Wan Ying, Chan Ching Shung, dan Kevin Choo, manakala bahagian trumpet dibarisi oleh Mohamad Firdaus Zainal, Wen Keng Foong, Chee Chow Ming, dan Ainul Basyirah binti Aznan.

Vokalis latar, Izzad Izzuddin Borhan, Norakmal binti Kamarulzaman, dan Widyzalilawati Hamzah Baswan, meminjamkan suara mereka untuk persembahan.

Ternyata konsert ini memberikan kenangan yang cukup manis bukan sahaja buat peminat tetapi pastinya buat Sheila Majid sendiri. 

SHEILA MAJID BIG BAND LIVE IN SABAH  MEDIA

Informasi Konsert

Penganjur: Firm Horizon Sdn Bhd

Penganjur bersama: Al Activators Sdn Bhd

Dengan kerjasama: Altus Prohouse 

Pengurusan artis: Magada Entertainment 

SHEILA MAJID BIG BAND LIVE IN SABAH  MEDIA

Senarai lagu konsert: 

  • OPENING (INSTRUMENTAL) 
  • ADA-ADA SAJA 
  • EMBUN 
  • MEMORI 
  • PENGEMIS MUDA 
  • JELINGAN MANJA 
  • EMOSI 
  • SLOW MEDLEY: GERIMIS SEMALAM / KEPERGIANMU / DISUATU PERSIMPANGAN 
  • HASRAT CINTA 
  • WIRAHATIKU 
  • SPARKLE
  • TRIBUTE : JAUH-JAUH 
  • P.RAMLEE MEDLEY: ADUH SAYANG / GETARAN JIWA / BUNYI GITAR / TIRU MACAM SAYA / MANUSIA 
  • LAGENDA 
  • KUMOHON 
  • CINTAJANGANJAUPERGI&ANTARAANYIRMEDLEY 
  • AKU CINTA PADA MU 
  • DIA 
  • WARNA 

ENCORE
20. SINARAN 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR 90 Lite

Pakej 5G Rahmah dengan HONOR 90 Lite 5G: Nikmati 5G Pada Harga Mampu Milik

Program PESAN Sebagai Tarbiyah & Reformasi Dakwah di TV AlHijrah