in , ,

Guess! Onew FanMeeting 2024 In Malaysia Bakal Berlangsung 27 Julai Ini

Sejarah Bakal Dilakar, Pertemuan Pertama Di Malaysia Selepas 16 tahun
ONew Bertemu Peminat Pada 27 Julai 2024 GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA

Masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Selepas 16 tahun dalam industri hiburan Korea Selatan, ini adalah kali pertama Onew akan bertemu peminatnya di Malaysia tahun ini.

Catatkan semua butiran tentang penampilan pertama Onew atau nama sebenarnya, Lee Jinki, 35, secara solo ke Malaysia.

Fan-meeting yang digelar sebagai GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA, jangan ketinggalan untuk menyambut Onew pada 27 Julai 2024 kerana ia seperti ‘temu janji pertama’ dengan idola yang sudah lama di tunggu-tunggu.

Onew Bertemu Peminat Pada 27 Julai 2024 Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia

Pertemuan bersejarah yang dibawa oleh MND Sport & Event Sdn Bhd & JS Concert Productions dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati di Shah Alam, Selangor.

“MND Sport & Event Sdn Bhd & JS Concert Productions sangat teruja dan berbesar hati untuk membawa Onew buat kali pertama dalam sejarah penglibatan beliau selama 16 tahun dalam kerjayanya untuk menghadiri fanmeeting ini dan beramah mesra dengan peminat di Malaysia.

“Kami berbangga memperkenalkan GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA yang akan berlangsung di Stadium Malawati pada 27 Julai 2024 sebagai acara yang tidak akan dilupakan oleh semua peminat tentang pertemuan utama ini.

“Sebagaimana terujanya peminat untuk beramah mesra dan bertemu Onew buat kali pertama di Malaysia, kami sebagai penganjur akan memastikan bahawa GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA memenuhi jangkaan ‘temu janji pertama’ anda dengan sepenuh hati,”

– Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

Onew sendiri meninggalkan mesej ringkas untuk semua peminatnyai: “Jumpa anda di GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA. Ada kejutan menanti anda dan saya tidak sabar untuk bertemu anda.”

Dengan pelbagai pencapaian yang telah dicapai sejak debutnya pada tahun 2008, MND Sport & Event Sdn Bhd juga percaya bahawa GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang telah lama menunggu kehadiran solo Onew di negara ini.

Tiket dengan kategori dan harga (CAT 3 – RM258), (CAT 2 – RM358), (CAT 1 – RM558), (SEAT – RM858) & (VIP SOUNDCHECK – RM988) boleh didapati melalui www.myticket.asia

Oleh itu, jangan ketinggalan pertemuan penuh sejarah dan bakal memulakan ‘kekacauan cinta’ dengan idola anda, Onew melalui GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA di Stadium Shah Alam pada 27 Julai 2024.

Guess! Onew FanMeeting 2024 In Malaysia Bakal Berlangsung 27 Julai Ini

MAKLUMAT

ACARA: GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA TARIKH: 27 JULAI 2024
LOKASI: STADIUM MALAWATI SHAH ALAM
PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD

HARGA TIKET:

(CAT 3 – RM258)
(CAT 2 – RM358)
(CAT 1 – RM558)
(SEAT – RM858)
(VIP SOUNDCHECK – RM988)

PEMBELIAN TIKET: MYTICKET.ASIA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wany Hasrita Tolak Lamaran Tajul Berduet Dalam Resipi Berkasih

Ning Baizura Tampil Mohon Maaf Selepas Dilabel Tak Peka Dengan ‘Rafah’