in , ,

Reaksi Awal Filem Furiosa: A Mad Max Saga Kata Filem Ini Memang Padu!

Sebuah kisah epik yang memikat penonton dalam perjalanan melalui kekacauan dari dunia pasca-apokaliptik. Filem ini mengisahkan karakter yang cukup legenda iaitu, Furiosa dalam versi muda 15 tahun sebelum Mad Max: Fury Road.

Selepas tayangan prebiu filem brutal tahun ini di luar negara, pengkritik menggalakkan peminat movie semua pergi ke pawagam untuk menonton filem terbaru arahan George Miller, “Furiosa: A Mad Max Saga,” dan ulasan diaorang rata-rata mengatakan filem ni bagus betul.

Memang susah nak bayangkan kejayaan “Mad Mad: Fury Road,” filem yang George Miller habiskan begitu lama untuk bikin. Menang Oscar lagi tu, mungkin filem terbaik pasca-apokaliptik dari Australia. Jadi peminat, (macam saya), happy lah bila dengar prekuel pasal watak Furiosa diumumkan.

Dah berapa tahun tunggu, akhirnya berita keluar pasal “Furiosa: A Mad Max Saga” ni best gila. Taklah gempak macam “Fury Road,” tapi still worth it nak pergi tengok kat pawagam.

Kepada anda yang nak tengok movie ini, Budiey ada 40 tiket untuk menonton di malam tayangan premiere kat Malaysia nanti. Jangan lepaskan peluang untuk pergi usha laman peraduan filem ini.

Filem ni keluar kat pawagam mulai 23 Mei 2024. Ada lakonan hebat Anya Taylor-Joy jadi muda Furiosa, Chris Hemsworth, Tom Burke, Lachy Hulme, Nathan Jones, dan Josh Helman.

Dan ini antara reaksi awal pengkritik:

Furiosa: A Mad Max Saga
Furiosa: A Mad Max Saga
Furiosa: A Mad Max Saga
Furiosa: A Mad Max Saga
Furiosa: A Mad Max Saga
Furiosa: A Mad Max Saga
Furiosa: A Mad Max Saga
Furiosa: A Mad Max Saga
Furiosa: A Mad Max Saga

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aurelius Healthcare & Rizman Ruzaini Suntik Nafas Baharu Buat Fesyen Hospital

Sinopsis Filem MEMOIR SEORANG GURU Lakonan Datuk Rosyam Nor