in , ,

Wany Hasrita Tolak Lamaran Tajul Berduet Dalam Resipi Berkasih

Setelah cadangan merakamkan Kembali lagu duet popular RESIPI BERKASIH bersama Wany Hasrita gagal, Tajul akur dengan pilihan FMC Music untuk menggandingkan beliau dengan Muna Shahirah bagi menyempurnakan projek album tribute Istimewa untuk Allahyarham Achik Spin yang sedang dalam proses disiapkan sepenuhnya.

“Saya akur dan menghormati keputusan Wany Hasrita jika beliau tidak mahu lagi berduet dengan saya. Memang ada sedikit terkilan sebab bagi saya gandingan kami serasi dan peminat suka jika kami duet bersama. Namun saya harus memahami situasi Wany sekarang yang telah berumah tangga dan mungkin keadaan sekarang membuatkan beliau tidak selesa berduet dengan saya” – Tajul

Namun tidak dapat  disangkal Muna Shahirah merupakan pilihan ganti yang tepat. 

Wany Hasrita Tolak Lamaran Tajul Untuk Berduet Kembali Untuk Resipi Berkasih

“Muna berjaya membuat Resipi Berkasih  versi baru ini lebih wow. Dan saya berterima kasih kepada FMC Music kerana mencadangkan agar Muna menggantikan Wany. Muna bukan Sahaja memberi kerjasama yang baik pada saya malah Muna mempunyai vokal yang tidak dapat di pertikaikan lagi. Walaupun ini merupakan gandingan pertama kami tetapi saya tak sangka ianya berjalan lancar dan sangat mudah” – Tajul

Muna Shahirah yang sebelum ini pernah digandingkan di dalam lagu dengan Afieq Shazwan dan Zack Zakwan berkata tidak menjadi masalah pada beliau untuk bekerjasama dengan sesiapa pun asalkan lagu itu bersesuaian dengan vokal beliau.

“Saya sedikit pun tidak merasa kecil hati apabila saya dijadikan pilihan ke – 2 untuk lagu ini. Kerana saya sedia maklum sebelum ini gandingan duet Tajul adalah wany Hasrita. Namun saya lebih melihat peluang yang datang ini ke arah positif. Sebab saya yakin setiap aturan yg  Allah  tetapkan itu tak pernah silap dan pasti lebih baik. Malah saya rasa bangga dapat terlibat dalam projek khas ini” 

Muna Shahirah yang telah 2 kali melangkah ke peringkat separuh Akhir Juara Lagu turut melahirkan rasa Syukur kerana peluang sentiasa ada dan terbuka untuknya walaupun kini beliau telah bergelar isteri.

Tidak berduet di dalam lagu bukan bermakna hubungan persahabatan Tajul dan Wany Hasrita  terputus, tetapi mereka  lebih memilih untuk  fokus pada rumah tangga, anak – anak dan kerjaya masing masing. 

“Mungkin ada baiknya kami tidak berduet Kembali. Kerana setelah masing masing berumah tangga dan punya anak, lebih banyak hati yang perlu kami jaga. Harap peminat dapat memahami dan terus menyokong kerjaya dan lagu – lagu dari kami”

Muzik Video dan lagu RESIPI BERKASIH versi 2024 duet Tajul dan Muna Shahirah  telah dilancarkan di Youtube FMC Music dan di semua platform digital mulai 09hb Mei 2024 jam 8 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Naib Juara Dewi Remaja Adriana Ghafar Lancar Koleksi Puisi Sulung 

Guess! Onew FanMeeting 2024 In Malaysia Bakal Berlangsung 27 Julai Ini