in , ,

COËX Lancar Single PAKU DURJANA, Sebuah Lagu OST Filem Paku Durjana 

Kumpulan M-POP berbakat COËX yang terdiri daripada empat gadis cantik – Mikaela, Elysha, Dals, dan Amy merupakan artis di bawah naungan Armani Entertainment Group (AEG).

Mereka mengembangkan sayap lagi dengan menyanyi kan lagu tema filem yang bertajuk “Paku Durjana” yang diadaptasi dan dicipta khas untuk filem “Paku Tanah Jawa”. Filem ini juga merupakan filem terbitan AEG, dan akan menghantui pawagam Malaysia juga Indonesia pada tahun ini.

Lagu ini mengisahkan tentang wanita yang melakukan perjanjian dengan syaitan dimana perjanjian itu membawa kemudaratan kepada diri serta ahli keluarganya. Dia nekad untuk memutuskan perjanjian sekaligus melepaskan diri dari cengkaman syaitan tersebut.

COËX Lancar Single PAKU DURJAN, Sebuah Lagu OST Filem Paku Durjana

Lagu Paku Durjana dan filem Paku Tanah Jawa merupakan sesuatu yang sangat dinantikan oleh peminat filem seram di Malaysia dan Indonesia setelah tersebarnya info lagu “Paku Durjana” dan poster filem “Paku Tanah Jawa” di media sosial Malaysia dan Indonesia.

Sedikit latar belakang tentang COËX, mereka pernah menyertai pertandingan realiti di ASTRO, Big Stage Musim 5 dan mereka juga bergiat aktif di laman media sosial mereka seperti Instagram – @wearecoex.official, TikTok – @wearecoex.official dan YouTube, – @coex.official.

Menurut kata Mikaela yang juga merupakan ketua kumpulan dan vokal utama COËX, “Dari media sosial, kami telah menerima banyak exposure dan dijemput untuk membuat persembahan di festival dan music shows yang sangat besar terutamanya, SUPALAPA FESTIVAL.

Bagi mereka, lagu ini adalah salah satu projek yang amat bermakna kerana keterujaan dan penglibatan diri mereka yang sangat mendalam untuk penghasilan juga konsep yang diberikan oleh pencipta lagu Paku Durjana, Emeer Bakri dan Amsyar Razqa. “Berdasarkan filem Paku Tanah Jawa, kami juga ingin menyampaikan bahawa semangat individu seseorang wanita itu adalah sangat penting. Walaupun ditindas, kita harus kuat menghadapi apa cabaran sekalipun dan kami juga ingin menyampaikan bahawa wanita bukanlah sebarang ‘objek’. Wanita harus menunjukkan kekuatan tersendiri dan ‘not be controlled’. Standing up for yourself is always important!”

“Kami sangat teruja untuk menyampaikan karya dalam genre yang ke arah tradisional campuran moden kerana ini adalah kali pertama kami bereksperimen dan bermain dalam genre seperti ini.

Kami harap pendengar di Malaysia, mahupun luar negara akan suka dengan lagu Paku Durjana dan teruskan menyokong kami dalam apa genre yang kami keluarkan di masa yang akan datang.”

COËX

“It has always been our identity dan kami ingin mengekalkan identiti itu selama kami berada di dalam industri. Namun, kami juga sangat lah terbuka untuk eksperimen pelbagai jenis genre, jadi Paku Durjana adalah salah satu peluang yang sangat berharga bagi kami, dapat berkolaborasi dengan filem dari Indonesia dan menghasilkan lagu berdasarkan adat dari negara jiran. Kami harap kami dapat sampaikan genre ini dengan baik.”

“Proses kerjasama dengan komposer, Amsyar Razqa dan Emeer Bakri adalah sangat smooth dan fun kerana kami memang sangat rapat dengan mereka. Begitu juga dengan Proses penulisan lagu hanya mengambil masa dalam 2 sesi sahaja dan selebihnya kami meletakkan kepercayaan kepada komposer untuk mixing and mastering selama 2-3 bulan.”

Bagi COËX, Komposer lagu ini juga sangat terbuka dengan idea-idea yang diberikan dan kebanyakkan lirik atau melodi semua dihasilkan oleh COËX beserta komposer. “Jadi kami sangat teruja dan tak sabar untuk memberi pendengar diluar sana mendengar karya ini.”

COËX mengucapkan rasa syukur dan keterujaan mereka kerana dapat melibatkan diri dalam projek ini. Dalam masa yang sama, mereka sangat berbangga dan gembira kerana konsep photoshoot dan idea MV mereka menjadi realiti dengan bantuan produksi Armani Entertainment. “Semoga pendengar dan fans kami teruja mendengar lagu ini begitu juga muzik video Paku Durjana ini.

Kehadiran kumpulan M-POP COËX ini diharapkan dapat memberi nama baru dalam industri muzik tempatan. Dengan bakat yang dimiliki oleh Mikaela, Elysha, Dals, dan Amy, lagu Paku Durjana dijangka akan menjadi hit di pasaran.

Lagu Paku Durjana – COËX, dibawah naungan Armani Entertainment Group (AEG) ini boleh didengari dan dimuat turun melalui platform penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music dan muzik video boleh ditonton eksklusif di saluran YouTube Armani Entertainment. Teruskan menyokong hasil karya Armani Entertainment Group demi industri muzik tanah air.

COËX Lancar Single PAKU DURJAN, Sebuah Lagu OST Filem Paku Durjana

LIRIK

Bagai bicara budi bicara telah diperangkap mantra
Tapi takkan ku benarkan kau bermaharajalela

Elok tutur kata bila kau datang melamar
Kau harus takut bila tersedar apakah akibatnya

Pantang kau langgar jadikan ku seterumu 

Tutup pintu sampai waktu kau akan ku ganggu

pre-chorus:
Namun telah kau mendusta hidup ku hancur binasa 

Benar kata sang pencipta kau, tak bisa dipercaya

chorus:
Takkan ku tunduk padamu, sang durjana (Ohhhh)
Akan ku bebaskan diri dari genggaman (Ohhhh) 

Tidak ku dibelenggu paku cengkamanmu (Ohhh) 

Darah ku, hanya milikku selamanya

bridge:
Bumi kang setiti Jagad ayo mangkat

Payungono lakuku arep lungo

Dance break:
Diri dari genggaman Cengkamanmu Ohhh
Ohhh
Selamanya

Telah ku beri
apa yang kau mahu 

Kau milikku
sampai mati

Benar sudah kau beri apa yang ku mahu nafsu serakah ku

Telah ku perhambakan diriku padamu
hidup dan matiku

re-chorus:
Namun telah kau mendusta hidup ku hancur binasa Benar kata sang pencipta kau, tak bisa dipercaya

chorus:
Takkan ku tunduk padamu, sang durjana Akan ku bebaskan diri dari genggaman (mu) Tidak ku dibelenggu paku cengkamanmu 

Darah ku, hanya milikku selamanya

Rap Part:
Jangan pernah ah
Kau mencabar
Jangan sampai aku pula yang hilang sabar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Search Symphonic Live In Kuala Lumpur di Mega Star Arena

Sunway Carnival Mall & Sunway Pyramid Meraikan 90 Tahun Donald Duck