in

Linda Onn & Hefny Penyampai Segmen SINAR 40 di Sinar FM

Bermula 6 Ogos 2016, Sinar FM memperkenalkan segmen hujung minggu baharunya iaitu segmen Sinar 40 yang menggandingkan dua selebriti popular tanahair iaitu Linda Onn dan Hefny Sahad.

Sinar 40_Poster

Sinar FM BERI NAFAS BAHARU, UNTUK SEGMEN HUJUNG MINGGU

Menurut Pengurus Kandungan Sinar FM, Shidah Khasim,

“Kami mengalu-alukan kehadiran gandingan baru Linda Onn and Hefny Sahad ke Sinar FM. Kami juga percaya, kehadiran mereka berdua bersama keluarga Sinar FM bakal memberi sebuah sinaran baru dalam industri penyiaran radio. Pendengar kini boleh dengarkan Sinar 40 yang akan ke udara setiap Sabtu jam 8 pagi dan ulangannya pada hari Ahad jam 8 malam, di mana pendengar akan dihiburkan dengan 40 lagu-lagu mengusik jiwa yang mengembalikan memori-memori lalu.”

Untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai program-program yang dianjurkan oleh pihak Sinar FM boleh lah ikuti laman sosial Sinar FM di Instagram, Facebook, Twitter dan layari laman web Sinar FM www.sinar.fm , serta dengarkan frekuensi Sinar FM mengikut frekuensi lokasi anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Afdlin Shauki Boikot FFM28

Trailer JUSTICE LEAGUE Trending di Youtube Malaysia