in , ,

Berhibur dengan Personaliti & Program Baharu di Radio SINAR

Strim ‘SINAR Solo’ dan ‘Rock Jiwang SINAR’, segmen baharu SINAR menerusi aplikasi SYOK

Para peminat SINAR boleh terus menikmati pilihan muzik terbaik dengan segmen baharu dalam SINAR Solo bersama Dina, setiap Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 3 petang dan Rock Jiwang SINAR bersama Dina, setiap Sabtu, bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, menerusi siaran udara dan di aplikasi SYOK. 

SINAR Solo Bersama Dina Nadzir

Segmen baharu SINAR Solo bersama Dina termasuk: Nak Kata Apa, dimana Dina akan mengupas topik menarik setiap hari dan peminat boleh berkongsi kisah dan pendapat bersama Dina menerusi talian 03 9543200;Sharing is Caring, untuk perkongsian tips menarik tentang kesihatan dan kecantikan; Free & Easy, dimana peminat boleh terus menikmati muzik menarik di SINAR;Lagu Anda, yang akan memainkan pilihan lagu dan dedikasi daripadapeminat;BTS (Boleh Tolong Sampaikan), dimana Dina akan menghubungi seseorang bagi pihak pendengar untuk sampaikan ucapan dan hajat para peminat menerusi segmen BTS.

Berhibur dengan Personaliti & Program Baharu di Radio SINAR

Selain itu, peminat juga boleh strim Rock Jiwang SINAR bersama Dina, sebuah lagisegmen baharu dimana Dina akan menemani peminat dengan pilihan lagu-lagu bergenre rock jiwang terbaik. Para Peminat SINAR boleh mendengarkan SINAR Solo dan Rock Jiwang SINARbersama Dina Nadzir menerusi aplikasi SYOK. Muat turun aplikasi SYOK sekarang. 

Profil Dina Nadzir, SINAR Solo & Rock Jiwang SINARMemecah masuk ke industri hiburan sebagai penyanyi, bahkan telah menerima anugerah untuk ‘Artis Baru Terbaik’ dan ‘Persembahan Vokal Terbaik’ di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 2006. Terdahulu, Dina merupakan personaliti ERA dan kini Dina bersama SINAR dengan program baharu ‘Solo SINAR’ dan ‘Rock Jiwang SINAR’. Walaupun bergelar personaliti SINAR, Dina tetap bergiat aktif menyumbang kepada kebajikan dan merupakan salah seorang daripada beberapa selebriti yang terlibat dalam Pertubuhan Bantuan Wanita (Women Aid’s Organisation). Ikuti keperibadiannya dalam ‘SINAR Solo’! 

Muat turun aplikasi SYOK dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery. Nikmati 26 jenama radio, podcast, video dan banyak lagi di SYOK! 

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Buat Swab Test di Rumah, Siti Nurhaliza Negatif Covid-19, Titip Doa Buat Frontliners

FS (Fuying & Sam) is myNEWS First Brand Ambassador