in , , , ,

Program Istimewa & Menarik Sempena Aidilfitri 2021 di Radio ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN

Genap sudah kali kedua kita beraya dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih melanda keseluruh dunia. Jangan bersedih sekiranya anda tidak berkesempatan untuk pulang menemui keluarga tercinta menjelang Syawal kali ini.

Sempena menyambut kedatangan Syawal kali ni, peminat radio ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN bakal disajikan dengan pelbagai seleksi program istimewa bermula hari raya pertama iaitu pada 13 Mei, menerusi siaran udara dan juga di media sosial kesemua radio ini. Pastinya pecah kesunyian beraya, lagi-lagi dalam suasana serba PKP kali ini!

Berikut merupakan program-program menarik yang pastinya bakal memeriahkan hari raya anda:

ERA | ERA Sarawak | ERA Sabah

  • Di Aidilfitri ini, para peminat ERA boleh menikmati:
    • Muzik video, Lagu Kecoh Raya menerusi YouTube ERA, menampilkan penyanyi dan selebriti tempatan seperti Ara Johari, Ucop, Naim Daniel, Diana Danielle, serta dua personaliti ERA iaitu Danial Zaini dan Zahier Yusoff.
    • Konsert maya, Virtual Raya ERA bersama Foodpanda, yang menampilkan Haqiem Rusli, Wany Hasrita dan Zizi Kirana pada 13 Mei, jam 8 malam menerusi media sosial Facebook, Instagram dan YouTube ERA.
  • Peminat ERA Sarawak boleh ambil bahagian dalam peraduan Duit Raya ERA untuk memenangi duit raya bermula 13 Mei, dan dijalankan sepanjang musim raya menerusi siaran udara.
  • Manakala, peminat ERA Sabah boleh menikmati:
    • Video Beraya Betul dimana personaliti radio ERA Sabah beraya bersama keluarga dan menghiburkan peminat dengan telatah di Hari Raya menerusi Facebook dan Instagram ERA Sabah.
    • Peraduan Raya Sama-Sama, untuk memenangi hadiah duit raya dan berkongsi sebahagian daripada duit raya yang dimenangi kepada pertubuhan yang memerlukan di Sabah.

SINAR: Raya Maya | Raya BerSINAR

  • SINAR akan meraikan Aidilfitri bersama peminat-peminat dalam program:
    • Raya Maya, untuk bertemu dan beraya secara maya bersama personaliti radio SINAR secara maya pada 13 Mei menerusi laman rasmi SINAR.
    • Raya BerSINAR di mana peminat bertuah akan menerima panggilan video daripada personaliti SINAR untuk menemani dan memeriahkan malam raya peminat bermula 13 Mei ini.

GEGAR: Rumah Terbuka Penyampai GEGAR | Salam Anak Rantau Pantai Timur

  • Peminat-peminat radio GEGAR pula boleh berhibur dengan:
    • Sambutan Facebook Live Rumah Terbuka Penyampai GEGAR untuk kemeriahan personaliti-personaliti radio GEGAR dengan aktiviti menyediakan juadah Hari Raya bersama ahli keluarga, pada 15 Mei, melalui laman Facebook GEGAR.
    • Menghantarkan salam dan dedikasi Aidilfitri melalui Salam Anak Rantau Pantai Timur, kepada ahli keluarga, bermula 13 Mei menerusi siaran udara dan media sosial Facebook dan Instagram GEGAR.

ZAYAN: ZAYAN Marhaban | ZAYAN Takbir Raya

  • ZAYAN menyediakan dua pengisian Aidilfitiri yang merangkumi:
    • ZAYAN Marhaban: Para peminat boleh mula menghantarkan penyertaan bermula 13 Mei menerusi laman rasmi ZAYAN dan pminat yanng bertuah akan menerima kunjungan Marhaban secara maya bersama personaliti ZAYAN.
    • ZAYAN Takbir Raya: Peminat boleh menghayati alunan Takbir Raya bersama Mawi, Anas Tahir dan Tajdid Hadhari, personaliti ZAYAN pada Malam Raya dan Pagi Raya Pertama menerusi Facebook dan Instagram ZAYAN.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Israel Sasar Youtuber Muslim Seluruh Dunia, Selit Iklan Propaganda Untuk Raih Simpati

Zali Rusli Akui Kini Sudah Bersedia Berhadapan Cabaran