in , , ,

Persembahan Artis Terkenal & Aktiviti Menarik di Karnival SYOK Weh!

Diskaun istimewa dengan baucer e-Kupon melalui aplikasi SYOK. Pada 24 & 25 Sept, 10 pagi hingga tengah malam di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam.

Semua rakyat Malaysia boleh hadir ke ‘Karnival SYOK Weh!’ untuk menikmati persembahan menarik daripada penyanyi-penyanyi tanah air dan mengambil bahagian dalam aktiviti menghiburkan serta berpeluang menang pelbagai hadiah pada 24-25 September 2022, dari 10 pagi hingga 12 tengah malam, di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam.

Image 2_Karnival SYOK Weh!

Di ‘Karnival SYOK Weh!’, semua boleh menantikan pelbagai aktiviti seperti:

SYOK Hiburan: Nikmati persembahan daripada artis tempatan popular termasuk Haqiem Rusli, Aiman Tino, Fieya Julia, Zarul Umbrella, Andy Flop Poppy, Farahdhiya, Aziz Harun, Harith Zazman dan kumpulan Salam Muzik. Rakyat Malaysia juga boleh bertemu mesra bersama karakter disukai ramai, Pinkfong, Baby Shark dan Didi & Friends. Persembahan ini juga boleh distrim di SYOK Live melalui aplikasi SYOK. 

SYOK Makan: Menawarkan pengunjung pelbagai jenis makanan dan minuman lazat untuk dinikmati semua. Pengunjung juga boleh menebus diskaun istimewa dengan baucar e-Kupon di aplikasi SYOK.

SYOK Fun: Zon seisi keluarga dengan permainan interaktif dan pengunjung berpeluang bawa pulang hadiah menarik.

SYOK Sales: Pusat untuk membeli barangan keperluan harian termasuk produk makanan, produk kesihatan, barangan rumah dan menebus diskaun istimewa dengan baucar e-Kupon di aplikasi SYOK.

SYOK Experience: Di mana pengunjung boleh menikmati demo menarik tentang aplikasi SYOK yang merangkumi kiosk podcast, radio dan penstriman video secara langsung. 

‘Karnival SYOK Weh!’ ditaja oleh Lalamove dan IJM Rimbayu. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelan Pascabayar Digi Tawarkan HONOR 70 Hanya RM36 Sebulan

VIVO

vivo V25 Pro Kini Dilancarkan di Malaysia dengan Harga RM2499