in , ,

Senarai Pemenang Pertandingan Projek Lagu Jamal Abdillah di SINAR

Radio SINAR mengumumkan pemenang-pemenang pertandingan Projek Lagu Dato’ Jamal Abdillah di SINAR, pencarian bakat-bakat baharu dalam mencipta lagu dan lirik yang dianjurkan dari 19 hingga 29 Ogos melalui Facebook dan Instagram SINAR. Tahniah buat pemenang yang berjaya!

Setelah berjaya menjalani sesi penjurian dan pernilaian lagu, Saiful Azmi bin Giman dinobatkan sebagai juara dalam Projek Lagu Dato’ Jamal di SINAR, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3000 dan lagu bertajuk ‘Suri’ yang diciptanya akan direkod serta dinyanyikan oleh Dato’ Jamal Abdillah. 

SINAR Umum Senarai Pemenang Pertandingan Projek Lagu Dato' Jamal Abdillah di SINAR

Empat finalis-finalis lain: Mohd Haznie bin Awang Kassim (Lagu: Dahlia)Mohd Khairul bin Zainal Abidin (Lagu: Nafas Terakhir)Azmi bin Hamzah (Lagu: Puisiku) dan Muhamad Taufik Bin Ab Rahman (Lagu: Keinsafan Dihati) menerima hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM250 dan Popsical Remix, alat muzik untuk setiap seorang.

Peminat SINAR boleh menikmati lagu-lagu yang dicipta oleh finalis-finalis Projek Lagu Dato’ Jamal di SINAR menerusi laman Facebook dan Instagram SINAR sekarang.

Untuk maklumat lanjut, layari sinar.my atau ikuti SINAR di platform media sosial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Lazada Dedahkan Tawaran Tengah Malam Eksklusif Baharu Sempena Jualan 9.9

TV AlHijrah Jadi Perintis Guna Jurubahasa Isyarat Dalam Program Keagamaan