in

Konsert AF Megastar Minggu Ke-4 Bertemakan ROCK

Konsert AF Megastar minggu lalu yang bertemakan ‘Throwback AF’ secara keseluruhannya mendapat pujian setelah sebahagian besar daripada para bintang berjaya menunjukkan prestasi memberangsangkan dan mencapai ‘standard’ yang ditetapkan oleh pihak juri.

Untuk cabaran minggu ‘Throwback AF’, para peserta dikehendaki menyanyikan semula lagu yang pernah dinyanyikan oleh bekas alumni Akademi Fantasia di musim-musim terdahulu.

Penonton juga dikejutkan dengan penyingkiran berganda apabila Azhar dan Adira diumumkan tersingkir setelah markah juri profesional dan jumlah AFUNDI dicampurkan di akhir konsert. Namun keputusan ini seakan sudah diramal kerana persembahan kedua mereka juga mendapat ulasan kurang memuaskan daripada barisan juri yang mewakili 60 peratus markah secara keseluruhan. Azhar yang menyanyikan lagu ‘Dalam Gerimis’ hanya meraih 17.1 peratus manakala Adira dengan lagu ‘Ikut Rentakku’ mendapat 29.3 peratus markah yang menyebabkan mereka berada di kedudukkan kedua terendah.

Dalam pada itu, Syamel yang membawakan lagu ‘Ku Tak Akan Bersuara’ muncul sebagai pemenang mingguan konsert minggu pertama AF Megastar setelah menerima undian tertinggi di platform digital. Lebih membanggakan, Syamel juga mendapat markah tertinggi iaitu 58.6% sekaligus meletakkan beliau di tangga teratas secara keseluruhan.

Selain Syamel, Idayu juga membuktikan dia mampu menyampaikan lagu tradisional dengan baik dengan lagu ‘Ya Maulai’. Selain Syamel dan Idayu, Bob dan Marsha turut memberikan kejutan apabila tampil berbeza dengan menyuntik elemen menarik dalam persembahan mereka.

Minggu keempat bertemakan ‘Rock’ bakal menyaksikan persaingan yang lebih sengit. Siapa pula yang bakal tersingkir pada minggu ini? Sama-sama kita saksikan kelak.

Nantikan Siaran Langsung Konsert AF Megastar (Minggu Keempat) pada 24 September 2017 (Ahad) di Royal Theater, Shah Alam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawi & Raqib Antara Penyampai di Stesen Radio Terbaru Astro #IndahdiHati

Datin Alyah dan Farawahida Bergabung Hasilkan Lagu MENGAPA HARUS AKU