in ,

Felix & Lotter Bikin Comeback di Bawah Label WonderWave Records

Bekas Bintang Akademi Fantasia, Felix & Lotter Bikin Comeback di Bawah Label WonderWave Records

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perkenalan daripada WonderWave Records. Izinkan kami memperkenalkan, WonderWave Records; sebuah label muzik baharu di Malaysia yang telah ditubuhkan pada Mac 2023.

Kehadiran WonderWave Records ialah sebagai pelengkap kepada permintaan industri terutama sekali di dalam pengurusan artis dan bagi memenuhi kehendak pasaran sama ada di dalam penghasilan produk (lagu-lagu baru termasuk artis) mahu pun keperluan acara/ persembahan. Justeru, WonderWave Records, telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama beberapa artis dan sebahagiannya bakal menandatangani kontrak sebagai artis rakaman naungan WonderWave Records.

Pada fasa pertama ini, WonderWave Records ingin memaklumkan kepada pihak media/ industri bahawa kami telah sah ‘melamar’ penyanyi Felix Agus dan Lotter (juga bersama band beliau iaitu The Divine Masters), serta seorang pendatang baru dari Sabah iaitu Maldini Sidney yang juga merupakan seorang pengacara TV di saluran TV Okey. Ketiga-tiga artis dari Sabah ini akan berada di bawah naungan WonderWave Records untuk pengurusan artis, sementara menunggu perjanjian kontrak rakaman yang akan dimuktamadkan sebelum pertengahan April 2023.

Pemilihan artis dari Sabah berlaku secara kebetulan, melihat kepada potensi besar artis-artis ini yang boleh diketengahkan kembali ke pasaran muzik Malaysia. Ibarat keluar dari kepompong, WonderWave Records percaya bahawa industri muzik selepas pandemik akan kembali aktif yang disokong dengan perkembangan baik industri hiburan serta kemunculan platform-platform tv, radio dan digital yang memerlukan khidmat artis di dalam kandungan rancangan mereka.

Besarlah harapan kami sekiranya rakan-rakan media boleh membantu di dalam membuat hebahan dan artikel melalui platform masing-masing. Semoga kerjasama erat ini dapat membantu kedua-kedua pihak di dalam membangunkan industri muzik ke arah yang lebih baik.

SOALAN SOAL JAWAB

  • Ke mana Felix dan Lotter sebelum ini?

– Disebabkan perkembangan industri yang sedikit suram pada sebelum ini dan lebih banyak permintaan di Sabah, mereka telah kembali berhijrah ‘balik kampung’ dan meneruskan karya di Sabah. Namun, sehingga kini masih aktif tetapi hanya di Sabah sahaja. Felix Agus pernah bertugas sebagai penyampai radio di KK fm dan juga Vok FM. Manakala Lotter pula pernah bertugas sebagai penyampai radio Suria fm Sabah, Kupi-Kupi fm dan Vok fm sebelum memfokuskan kepada bidang nyanyian dan persembahan pentas.

  • Siapa Maldini Sidney?

– Anak lelaki kepada bekas jurulatih lagenda Sabah ini, mula berjinak di dalam industri sebagai penyampai radio Vok FM pada tahun 2017-2019 sebelum menjadi penyanyi. Permintaan positif daripada peminat termasuk di media sosial memudahkan kehadiran Maldini Sidney di dalam industri muzik dan hiburan di Sabah sehingga beliau dilamar dan sehingga kini bertugas sebagai pengacara TV di saluran TV Okey untuk program hiburan VERSUS yang ke udara setiap Rabu, jam 3:30 petang.

  • Kenapa memilih WonderWave Records?

– WonderWave Records ditubuhkan oleh kumpulan bekas penyampai radio, pemuzik dan mereka yang berpengalaman di dalam industri. Justeru, mereka memahami perjalanan seni seseorang artis. Memandangkan ianya masih baru, peluang untuk dipromosikan adalah lebih banyak. Sebagai permulaan, khidmat WonderWave Records sebagai pengurusan artis adalah satu langkah yang baik untuk kembali di dalam industri terutama sekali untuk pasaran di Semenanjung Malaysia. Selepas memuktamadkan perjanjian bersama, masing-masing akan menjadi artis rakaman naungan WonderWave Records bagi penghasilan lagu untuk pasaran di Semenanjung Malaysia.

  • Highlights?
    – Felix Agus nekad untuk aktif kembali sebagaimana rakan seangkatan beliau iaitu Marsha yang masih aktif di Semenanjung sama ada menyanyi atau program TV. Beberapa lagu sudah dipilih untuk dirakam yang disasarkan muncul pada pertengahan tahun ini. Buat masa ini, WonderWave Records bersetuju memfokuskan untuk menghasilkan lagu Kaamatan Felix Agus bagi persiapan menjelang Pesta Kaamatan pada Mei 2023 di Sabah.

– Lotter kembali membuat ‘come-back’ setelah hampir 10 tahun menyepi bersama band The Divine Masters. Pergerakan secara solo dilihat agak sukar, justeru Lotter memilih untuk bergerak secara berkumpulan. Band adik-beradik The Divine Masters baharu sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Kemarin Kecewakanmu pada 30 Mac 2023 yang lalu. The Divine Masters turut merancang untuk merakam album baharu pada tahun ini sebagai tanda penghargaan kepada peminat. Kemunculan semula ini juga mendapat respon positif penganjur acara di mana mini showcase pertama mereka akan diadakan di ibu negara pada 30 April 2023.

– Maldini Sidney telah merakamkan beberapa buah lagu bergenre Pop & Dance bagi pasaran muzik Sabah. Beliau juga pernah merakamkan lagu bersama penyanyi seperti Atmosfera dan artis viral tempatan Sabah yang lain. Maldini juga sering diundang untuk membuat persembahan di pusat hiburan di Kuala Lumpur, dan terbaru, akan mengadakan persembahan di Aramaitee Frenz, Cheras pada 20 & 21 Mac 2023. Program terbaharu, Maldini Sidney juga akan muncul di saluran TVS Sarawak untuk rancangan khas Konsert Kaamatan Gawai 2023 pada Mei nanti.

– Bersempena dengan Pesta Kaamatan Sabah 2023, Felix, Lotter & The Divine Masters dan Maldini Sidney juga bakal bergabung merakamkan lagu Kaamatan di dalam Bahasa tempatan Sabah sebelum ke pasaran Semenanjung Malaysia pada Jun.

  • Harapan?
    Semoga kerjasama bersama WonderWave Records akan menaikkan lagi nama Felix Agus, Lotter & The Divine Masters dan Maldini Sidney di dalam pasaran muzik Malaysia sebelum memenuhi undangan dari negara jiran Singapura yang sedang dalam proses perbincangan.

Sekian, terima kasih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab Syamsul Yusof Tak Lafaz Talak, Dakwa Puteri Sarah Putar Belit Cerita

Aniq Suhair

Aniq Suhair Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan Lebih 90 Orang Sepupu