in ,

Senarai Keputusan Pemenang Konsert AF MEGASTAR

Aznil

Menepati ramalan ramai, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dan peserta paling konsisten, Nur Farah Idayu Yaakob atau Idayu, muncul juara program realiti AF Megastar pada konsert akhir di Royal Theater Shah Alam, di sini, malam tadi.

Susulan kemenangan itu, Idayu, 32, menerima hadiah wang tunai RM100,000, trofi AF Megastar dan pakej percutian ke Turki.

Pada konsert final, semua pelajar diberikan dua tugasan, iaitu menyampaikan sebuah lagu penyanyi lain dan satu lagu baharu masing-masing.

VIDEO PENUH MY ALL Idayu Akui Sukar Nyanyi Lagu MARIAH CAREY

Bagi saingan akhir, Idayu tampil dengan lagu My All nyanyian asal Mariah Carey dan lagu baharu berjudul Selamanya hasil ciptaan Amylea Azizan.

Marsha pula mempersembahkan lagu Pilihlah Aku (Krisdayanti) dan lagu baharu ciptaan Ezra Kong, Omar K dan Dilyla Khalid bertajuk Hilang.

Bob pula menyampaikan lagu baharu berjudul Terbuang Dalam Pelukan hasil ciptaan Hafiz Hamidun dan Bukan Dia Tapi Aku (Judika).

Sementara itu, Syamel muncul dengan Seniman Menangis (Datuk Jamal Abdillah) dan lagu baharu ciptaanya sendiri berjudul Biar Cinta, manakala Shahir dengan lagu Mama Jangan Pergi ciptaannya bersama Awi Rafael dan Tapi Bukan Aku (Kerispatih).

Syamel tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi kategori Ultimate Performer, yang menawarkan hadiah baucar beli-belah bernilai RM3,000 serta trofi.

Anugerah Terlajak Megastar pula dimenangi Marsha yang menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah RM10,000.

Gandingan Joe Flizzow dan Sonaone serta Alif Satar turut menghiburkan penonton untuk segmen selingan.

Konsert akhir AF Megastar yang mula bersiaran sejak awal September lalu, menyaksikan Datuk Aznil bertindak sebagai pengacara.

Pengkritik pula dibarisi juri tetap, Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta juri undangan iaitu Datuk Awie.

Idayu Nyanyi Lagu SELAMANYA di Konsert Final AF MEGASTAR

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ezlynn & Adam Fahmy Sah Bercerai Talak Satu

Shahir Mahu Melamar Erra Fazira Awal Tahun Hadapan