in

Mawi & Raqib Antara Penyampai di Stesen Radio Terbaru Astro #IndahdiHati

PENGISIAN BAHARU BERTERASKAN GAYA HIDUP MUSLIM MODEN KONTEMPORARI

• Stesen ini menyediakan pelbagai kandungan yang merangkumi fesyen, teknologi, hiburan dan gaya hidup terkini berlandaskan gaya hidup Muslim moden kontemporari. Gelombang baharu ini menyasarkan pendengar bermula 18 – 34 tahun, tertumpu kepada golongan pelajar-pelajar dan dewasa bekerjaya serta pendengar muda alaf baru yang sentiasa aktif menerokai dunia dan berkongsi pengalaman mereka.

• Membawa maksud ‘keindahan’, pengisian baharu ini merupakan stesen berbahasa Malaysia keempat (4) di bawah naungan Astro Radio yang bakal dilancarkan pada Oktober nanti menerusi frekuensi 104.9 fm.

• Selain itu, turut menawarkan alternatif yang lebih baik untuk para pendengar khususnya untuk golongan Muslim moden kontemporari, yang mementingkan pengisian positif dalam mendasari dan memenuhi kehidupan seharian mereka.

• Menampilkan barisan personaliti radio yang bertenaga, kreatif, trendy, peramah,ceria dan mempunyai prinsip hidup yang tinggi seperti Mawi, Anas, Lin Ariffin, Raqib dan Falyq.

• Penyediaan serta pemilihan muzik yang ditawarkan stesen terbaharu ini adalah merangkumi muzik tempatan dan antarabangsa yang berunsurkan mesej positif (lagu ketuhanan).

CCS_5374

PERSONALITI #INDAHDIHATI

MAWI
Mawi bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air. Juara Akademi Fantasia musim ketiga ini sememangnya mempunyai aura tersendiri dalam memikat hati peminatnya. Mawi mempunyai bakat yang amat besar terutama dalam bidang nyanyian ketuhanan. Sepertimana beliau pernah menularkan demam `Mawi World ́, diharap aura Mawi akan terserlah dalam bidang penyiaran radio pula. Para pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur sudah pasti tidak sabar ingin mendengar celoteh penyanyi kesayangan mereka ini.

ANAS

Energetik, kelakar, dan mesra, merupakan karektor yang sebati dalam jiwa Anas. Ikon remaja ini sememangnya tidak asing lagi di kalangan para pendengar sasaran stesen radio terbaru ini. Berpengalaman luas dalam bidang muzik lebih-lebih lagi nasyid, ianya tidak menghalang Anas dari mendekati para pendengar dengan gaya yang bersahaja dan kuat mengusik. Anas sememangnya mempunyai perangai yang gila-gila. Lihat sajalah pada hobinya yang cukup hebat, iaitu meniru hobi kawan.

RAQIB
Raqib mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengacaraan apabila menjadi hos Program Dikir Zikir dan Pasport Ziarah di salah satu rangkaian televisyen. Raqib sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan para peminat Akademi Fantasia apabila menjadi peserta rancangan terkenal itu pada musim ke 9 2011. Raqib kini bergerak aktif dalam bidang nasyid dan zikir, serta sering mewarnai rancangan televisyen dengan alunan ketuhanan yang mengasyikkan.

LIN

Lin Ariffin mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyiaran televisyen dan kini berkecimpung pula dalam penyiaran radio. Bekas pembaca berita ini kini mengacarakan program bual bicara Bismillah Ad-Duha di Astro Oasis. Lin Ariffin menganggap tawaran menjadi penyampai radio adalah sesuatu yang mencabar dan baik untuk kerjayanya. Jiwa dan gaya gadis kecil molek ini sememangnya sentiasa segar dengan fesyen muslimah terkini. Beliau juga memiliki perniagaan fesyen muslimah atas talian iaitu Roopawan.

FALYQ
Falyq merupakan seorang anak muda yang berpengalaman luas dalam bidang penyiaran radio. Memulakan kerjaya sebagai anggota skuad jalanan, sebelum menyertai rancangan realiti mencari penyampai dan menduduki tempat ke-3. Falyq juga semakin menjadi pilihan untuk mengacara pelbagai majlis. Minat yang mendalam dalam sukan bola sepak, menjadikan anak muda tinggi lampai ini seorang yang aktif dan mampu menjadi contoh remaja aktif.

Lin Ariffin bersama tetamu istimewa anak-anak dari Pusat Jagaan Nuri, Setapak

Barisan Penyampai Radio Baharu Astro Bakal Diserikan Dengan (Dari kiri) - Mawi, Anas, Lin Ariffin, Raqib dan Falyq

Barisan Penyampai bersama tetamu istimewa sempena Majlis Kesyukuran pengisian baharu Astro Radio berteraskan Gaya Hidup Muslim Moden Kontemporari

8a15a81d-c79d-4625-92cf-7dbebe775a5f

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hamil Anak Pertama, Kylie Jenner Tayang Baby Bump

Konsert AF Megastar Minggu Ke-4 Bertemakan ROCK