in ,

Bekas Bintang AF2016 Emy Meninggal Dunia

Emy Johararockstar

Setiap yang hidup pasti akan mati. Salam takziah buat keluarga bekas bintang Akademi Fantasia (AF2016), Emy, 24, meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Berita mengejutkan itu disahkan menerusi Instagram (IG) ERA.JE pada petang tadi.

Emy Meninggal Dunia

Kumpulan Estranged akui terkejut dengan berita pemergian anak didik mereka menerusi program JoHaRockstar.

“Kita teramat terkejut dan sedih dengan berita kehilangan adik kami @emy_joharockstar …. Takziah buat seluruh keluarga Emy, semoga rohnya dicucuri rahmat.

“Much love to you our dear brother.. We will miss you dearly. AL-Fatihah,” tulis mereka menerusi IG.

Emy Meninggal Dunia

Terdahulu, Emy atau nama sebenarnya Zahrul Hilmi Badrul Hisam merupakan juara pencarian program JoHaRockstar pada tahun 2016 sebelum dipilih untuk menyertai AF2016.

Foto: Instagram @era.je / @estrangedband

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lama Hilang, Shahir ‘Muncul’ Birthday Party Anak Erra

Isu Masak Ayam Goreng Tidak Ranggup, Ini Komen Chef Wan