in , ,

Lukisan CAD iPhone 12 Pro Max Menunjukkan Perubahan Rekaan Yang Besar

Beberapa laporan sebelum ini mendakwa iPhone 12 kelak akan mempunyai rekaan yang lebih mirip iPad Pro. Ini bermakna bahagian sisi yang rata serta penggunaan sistem kuad-kamera lengkap dengan sensor pengecasan kedalaman. Beberapa hari lalu, lukisan CAD yang didakwa adalah untuk iPhone 12 Pro Max telah tertiris menerusi MaxWeinbach dan EverydayApplePro.

apple iphone 12 max pro

Menurut beliau ini masih belum rekaan CAD terakhir dan sekadar 70% siap. Tetapi sudah dapat dilihat sisi peranti yang kini rata dan talam SIM yang dipindahkan pula ke sisi kiri.

Pada kedudukan lama talam SIM terdapat lubang yang menyerupai rekaan Smart Connector yang ditemui pada iPad Pro. Peranti juga sedikit lebih tinggi berbanding 11 Pro Max kerana akan dilengkapi skrin 6,7″ yang lebih besar.

apple iphone 12 max pro

Seperkara lain yang menarik ialah peranti lebih nipis berbanding 11 Pro Max. Kuad-kamera disusun 2X2 dalam bonjol berbentuk empat segi sama. Diameter lensa pada keempat-empat lensa juga bertambah. Walaupun tidak dapat dilihat pada lukisan CAD, saiz takuk kamera pada bahagian hadapan juga lebih kecil.

Maklumat dari MaxWeinbach kerap kali adalah tepat dengan produk akhir. Apakah pendapat peminat Apple mengenai rekaan iPhone 12 yang serba baharu ini?

Sumber: Portal Amanz 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Covid-19: Simpati Nasib Peminat, Amyza Aznan Hulur Bantuan

Ulasan Ringkas Drama Korea A WORLD OF THE MARRIED COUPLE