in , ,

LoveLove SEDIHSEDIH OMG!OMG!

Ulasan Ringkas Drama Korea A WORLD OF THE MARRIED COUPLE

Tetiba di laman sosial, Budiey dapati ramai yang memperkatakan tentang sebuah drama berjudul THE WORLD OF THE MARRIED. Ini membuatkan drama ini trending dengan sekelip mata. Apa yang menariknya tentang drama ni? Jom kita tengok seimbas lalu, apa yang bestnya drama ni.

Drama A WORLD OF THE MARRIED adalah sebuah drama bersiri dari Korea yang ditayangkan di JTBC dan mempunyai 16 episod untuk ditonton. Boleh dikatakan drama ini merupakan antara drama paling diminati dan juga drama paling mendapat perdebatan di sosial media pada awal tahun ini. Drama ini diadaptasi dari drama siri TV Inggeris berjudul Doctor Foster (2015). Drama yang bertemakan konflik keluarga ini memaparkan adegan ranjang yang panas atau babak ‘dewasa’ ini sarat menceritakan tentang pembalasan dendam seorang doktor terhadap suaminya yang telah berlaku curang.

the-world-of-the-married-jpg-e13b9d5984de3629b998caa73c019d24
Drama ini menceritakan tentang perihal rumahtangga yang menceritakan isu yang hangat diperkatakan iaitu kecurangan. 

Drama ini telah mencatatkan rekod baru dalam sejarah penayangan drama di stesen JTBC. Drama ini berjaya meraih jumlah penonton tertinggi dalam episode pertama berbanding drama-drama lain yang pernah ditayangkan di saluran TV itu.

Walaupun terdapat banyak drama mengenai kecurangan, The World of the Married adalah antara yang paling menonjol sehingga menarik perhatian ramai untuk terus menontonnya.

Dalam drama ini kita dipaparkan bagaimana hubungan rumah tangga yang punah ranah gara-gara orang ketiga. 

Setelah Ji Sun Woo menyedari suaminya sudah berlaku curang, pada awalnya dia meminta seseorang untuk mengikuti suaminya semata-mata untuk menemukan bukti jika Lee Tae O menjalin hubungan terlarang dengan Yeo Da Kyeong (Han So Hee).

Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jin Sun Woo mendapati orang yang dipercayainya di tempat kerja iaitu Dokter Seol Myung Sook (Chae Gook Hee) turut bersekongkol terlibat dengan aktiviti curang suaminya. Rupa-rupanya, Myung Sook menjadi mata-mata Tae O di tempat kerja Sun Woo. Tugasnya adalah memberitahu Tae O jika isterinya pergi bekerja dan segala apa yang berlaku semasa dia di hospital.

Dalam episode kedua, penonton dihidangkan dengan babak-babak yang membuatkan kita rasa stress dan semakin tegang dengan drama ini. Sun Woo dikisahkan bertemu dengan Da Kyeong di hospital. Da Kyeong mengadu sakit badan.

Drama Korea THE WORLD OF THE MARRIED

Kesempatan bertemu Da Kyeong itu telah dimanfaatkan Sun Woo sepenuhnya dengan menyoal selidik tentang soal aktiviti dan hubungan seks Da Kyeong dan pasangannya. Da Kyeong pun bercakap jujur yang mana dia sering melakukan hubungan seks dua hingga tiga kali seminggu dan mengakui pasangannya adalah suami orang.

Adegan menarik terus berlanjutan apabila Sun Woo makan sarapan pagi bersama Tae O. Di pagi itu, Sun Woo memberanikan diri bertanya kepada suami mengapa suaminya itu berlaku curang. Bagaimanapun, Tae O mengelak dan tak mengakui kecurangannya itu.

Pembawakan emosi yang ditunjukkan di dalam cerita ini sangat jelas dan ketara. Penonton tidak dapat meramalkan apa yang bakal terjadi. Melalui drama ini, pelbagai isu yang cuba diketengahkan oleh pengarah. Antaranya ialah isu kekeluargaan, pencintaan, pengkhianatan dan dendam. 

Bagi membalas dendam terhadap suaminya, Sun Woo telah mengupah seorang pesakitnya untuk mengekori Lee Tae Oh dan mengumpul bukti kecurangan suaminya.

Salah satu adegan yang tidak dapat dilupakan yang melibatkan Sun Woo adalah ketika dia mendedahkan hubungan luar nikah dan kehamilan Da Kyung di hadapan ibu bapanya. Perkara itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sangat memuaskan untuk ditonton serta mengingati apa yang harus dilalui oleh Sun Woo.

Selain memiliki plot cerita yang menarik, THE WORLD OF THE MARRIED juga dibintangi oleh pelakon yang hebat. Salah seorangnya Han So Hee yang memegang watak sebagai Yeo Da Kyung, di mana beliau menjadi orang ketiga dalam kehidupan pasangan Ji Sun Woo (Kim Hee Ae) dan Lee Tae Oh (Park Hae Joon). Wataknya dikatakan sejenis genggam bara api biar sampai jadi arang dan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Lakonan pelakon dalam drama ini boleh membuatkan anda naik darah dan meroyan. Apa taknya, pelakon dalam drama ini ada karakter yang cukup daring dan cukup berani. 

Adegan lain yang memberi kesan besar adalah di mana Sun Woo memberitahu ibu mentuanya yang sakit bahawa dia akan menjatuhkan Lee Tae Oh dan memisahkannya daripada anak lelaki mereka. 

Hampir semua watak yang ditunjukkan di dalam cerita ini benar-benar jahat. Walaupun sudah mengahwini Da Kyung, Lee Tae LOh masih tidak boleh melupakan bekas isterinya malah mengupah orang untuk mengintipnya.

Drama sebegini sesuai dengan anda yang dah berkahwin dan juga yang sedang merancang untuk berkahwin.

Drama Korea THE WORLD OF THE MARRIED
Drama Korea THE WORLD OF THE MARRIED

What do you think?

84 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lukisan CAD iPhone 12 Pro Max Menunjukkan Perubahan Rekaan Yang Besar

Covid-19: JAWI Laksana Akad Nikah Secara Online Pertama Di Malaysia