in ,

Ibu Naib Juara AF5, Ebi Kornelis Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Ibu penyanyi dan pelakon Ebi Kornelis iaitu Reni Bakar, 81, meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Sabah, semalam. Salam takziah dari kami di Budiey Channel.

Ebi yang juga naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF 5) itu juga kini dirawat di Hospital Tuaran, Kota Kinabalu selepas disahkan positif virus itu sejak 8 Ogos lalu.

Menerusi laporan media tempatan, Ebi ketika dihubungi mengesahkan berita kematian ibunya, namun enggan mengulas lanjut ekoran keadaan kesihatan dirinya.

Berita kematian ibu Ebi itu dikongsikan kenalan dan rakan melalui Facebook yang merakam ucapan takziah selain mendoakan agar bintang AF 5 itu terus tabah menghadapi dugaan berkenaan.

Ibu Naib Juara AF5 Ebi Kornelis Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Terdahulu, pada 8 Ogos lalu, Ebi menerusi hantaran di Facebook memuat naik mengenai keadaan dirinya dan bapanya, Yaimal Muhammad, 74, yang dijangkiti Covid-19.

Difahamkan, bapanya juga masih menjalani rawatan akibat jangkitan itu di HQE.

Ebi sebelum ini turut menyatakan kebimbangannya mengenai keadaan ibunya yang berseorangan di rumah selepas dia dan bapanya terpaksa dibawa ke pusat kuarantin kampus Intan.

Bapanya pula dari pusat kuarantin diarah ke HQE kerana kekurangan oksigen. Ebi kemudian dipindahkan dari pusat kuarantin ke Hospital Tuaran kerana mengalami sesak nafas berpanjangan.

“Ya Allah Ya Tuhan ku, Tuhan yang Maha Besar memiliki segala isi bumi dan langit. Saya dan keluarga sekarang sedang diuji dengan Covid-19. Mohon doakan kesembuhan saya dan keluarga, bapa dan mama. Ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahanku sama kamu semua sama ada zahir atau batin. Aku terima ujian Allah. Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah,”

– Ebi Kornelis

Menerusi hantaran sama, Ebi meletakkan tanda pagar #Covid19 dan #covidbukanmainan.

Ebi Kornelis & Bapa Positif COVID-19

Penyanyi Ebi Kornelis, 38, dan bapanya, Yaimal Muhammad, 74, disahkan positif COVID-19.

Berita duka itu dimaklumkan naib juara program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kelima itu menerusi laman Facebook (FB), hari ini.

Kini, Ebi ditempatkan di Hospital Tuaran, Sabah manakala bapanya pula di Hospital Queen Elizabeth.

Ebi Kornelis, Bapa Positif COVID-19

Ebi berkata, dia tidak pasti bagaimana boleh mendapat jangkitan pandemik berkenaan.

“Sejujurnya, saya tidak tahu jangkitan dari mana. Seingat saya, hanya menemani ibu bapa mendapatkan suntikan vaksin dos pertama pada 27 Julai lalu.

“Bagaimanapun, saya mula rasa tidak sedap badan dan demam, tiga hari kemudian. Keesokannya, saya melakukan ujian calitan dan disahkan positif. Begitu juga dengan bapa turut positif COVID-19.

“Saya dan bapa ke hospital, dua hari lalu. Bagaimanapun, saya dibenarkan pulang menjalani kuarantin kendiri di rumah, manakala bapa ditahan di pusat kuarantin kampus Institut Tadbiran Awam Negara atau INTAN,”

– Ebi Kornelis
Ebi Kornelis, Bapa Positif COVID-19

Bagaimanapun, Ebi berkata, dia mula mengalami sesak nafas dan bergegas ke hospital, semalam. Dan ketika ini sedang dirawat di Hospital Tuaran.

“Selepas diperiksa, saya diarahkan ke pusat kuarantin kampus INTAN. Bapa pula dari pusat kuarantin diarah ke Hospital Queen Elizabeth kerana kekurangan oksigen.

“Hari ini, saya dipindahkan dari pusat kuarantin ke Hospital Tuaran kerana mengalami sesak nafas berpanjangan,”

– Ebi Kornelis

Ebi berkata, dia bimbang dengan keadaan ibunya, Reni Bakar, 81, yang masih menunggu Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

“Mama kini berada di rumah di Kampung Padas Baru, Tebobon. Mama belum melakukan ujian calitan.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana keadaan Mama kerana kini berada di hospital. Saya cuba menghubunginya, namun panggilan tidak berjawab,”

– Ebi Kornelis

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bapa Amylea Azizan Meninggal Dunia Selepas Dua Minggu Dirawat di IJN

Bayi Pramatang Shuib & Siti Sarah Negatif Covid-19