in , ,

Bayi Pramatang Shuib & Siti Sarah Negatif Covid-19

Syukur alhamdulilah, nampaknya bayi pramatang Shuib dan Siti Sarah telah disahkan negatif Covid 19. Semoga Ayash Affan membesar dengan sihatnya walaupun tanpa kasih sayang ibunya. Doakan semoga Ayash jadi anak yang soleh.

Pelawak popular, Shuib Sepahtu berdepan cabaran membesarkan empat cahaya mata seorang diri selepas pemergian isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akibat COVID-19 pada Isnin lalu.

Shuib berkata, lebih merisaukannya bagaimana mahu menguruskan bayi, Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu.

“Tidak dinafikan, banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Sebagai contoh, saya nak cari jubah untuk anak-anak pun kelam kabut hingga terpanggil nama pembantu rumah yang sudah meninggal dunia.

“Itu belum lagi soal Ayash. Saya baru terfikir bagaimana nak menguruskannya, hari ini. Doktor menyarankan saya membekalkan susu daripada ibu susuan.

“Ayash hanya bergantung dengan susu formula sejak dilahirkan. Perkara inilah membuatkan saya termenung sejenak bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini.

“Walaupun ada yang menawarkan diri memberikan susu ibu, tetapi saya terpaksa memikirkannya apabila membabitkan soal hukum agama,”

– Shuib

Shuib berkata demikian selepas majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual pada malam tadi.

Shuib berkata, dia teringat permintaan arwah yang mahunya menjaga anak keempat ini.

“Arwah minta saya menguruskan Ayash buat susu, tukar lampin dan berjaga tengah malam.

“Saya terfikir arwah mesti bantu jika saya tidak boleh bangun. Namun, sebenarnya, arwah memang nak saya jaga Ayash seorang diri apabila meninggalkan saya dan anak-anak.

“Jadi, saya kena berusaha mencari jalan penyelesaian. Saya akan merujuk kepada ustaz berhubung ibu susuan,” 

– Shuib
Bayi Pramatang Shuib & Siti Sarah Negatif Covid-19

Hospital memberi tempoh sebulan sebelum membenarkan Shuib membawa pulang bayi pramatang, Ayyash pulang ke rumah.

Dalam pada buntu memikirkan soal menguruskan anak-anak sebagai bapa tunggal, bekas penyampai radio Hot FM itu bersyukur mempunyai ahli keluarga dan rakan artis yang menawarkan bantuan.

“Saya bersyukur ramai rakan sudi menghulurkan pertolongan. Pintalah apa sahaja, jika setakat makanan, hari-hari ada sahaja yang mahu menghantarnya.

“Selain rakan, saya bertuah ipar duai yang tinggal berdekatan. Bapa mentua pun ada bersama saya, jadi boleh minta bantu menjaga anak-anak jika saya keluar bekerja,”

– Shuib

Shuib kini sedang berusaha mencari pembantu rumah.

Dalam perkembangan lain, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad memaklumkan, hospital memberi tempoh sebulan bagi membenarkan Ayash dibawa pulang ke rumah.

“Sepatutnya saya melawat Ayash, hari ini (semalam). Anak-anak asyik bertanyakan mengenai adiknya. Namun, saya tangguhkan dahulu atas saranan doktor bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

“Alhamdulillah, bayi dalam keadaan stabil, malah sudah menjalani ujian saringan COVID-19 sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif.

“Doakan semoga ujian calitan kali ketiga negatif juga. Insya-Allah, Ayash akan dibenarkan pulang dalam tempoh sebulan jika kesihatannya baik,”

– Shuib

Shuib belum dapat menatap wajah bayi yang menjadi hadiah peninggalan arwah isterinya itu.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah berada dalam keadaan ditidurkan melahirkan bayi lelaki pramatang selepas menjalani pembedahan hampir tiga jam bermula jam 2 petang pada Jumaat lalu.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada Isnin lalu.

Jenazah penyanyi lagu Kesetiaan dan Semakin itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari.

*Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ibu Naib Juara AF5, Ebi Kornelis Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Pemergian Siti Sarah Sampai Dapat Liputan Antarabangsa, Ini Kisah Kebaikan Arwah