in ,

Jenazah Fiza Kamarudin Selamat Dikebumikan di Raudhatul Sakinah

Jenazah wartawan hiburan, Siti Nor Hafiza Kamarudin atau Fiza Kamarudin, 40, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, Selangor, kira-kira jam 12.50 tengah hari ini.

Selepas seminggu, jenazah Allahyarham Siti Nor Hafizah Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Fiza Kamarudin yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Charing Cross di London, United Kingdom selamat dikebumikan pukul 12.50 tengah hari di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih.

Lebih 200 orang hadir mengiringi jenazah Allahyarham ke persemadian terakhirnya termasuk dalam kalangan ahli keluarga, saudara mara, pihak media dan rakan terdekat.

Jenazah Allahyarham tiba di pekarangan Masjid Jamek Kg Baru, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Jenazah Fiza Kamarudin Selamat Dikebumikan di Raudhatul Sakinah Taman Selasih

Terdahulu, industri kewartawanan tanah air berduka selepas dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham yang bertugas sebagai editor portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media meninggal dunia di London akibat pendarahan otak.

Allahyarham dilaporkan pengsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, sewaktu menunggu penerbangan pulang ke Malaysia selepas bercuti selama dua minggu sejak pertengahan Disember lalu.

Jenazah Fiza Kamarudin Selamat Dikebumikan di Raudhatul Sakinah Taman Selasih

Allahyarham yang juga bekas pesakit kanser payudara, namun sel barah berkenaan dikatakan kembali aktif selepas enam tahun disahkan bebas daripada penyakit tersebut.

Lebih memilukan, percutian yang dirancang ke London kali ini merupakan hajat terakhir Allahyarham bagi menunaikan janji bersama anak iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Christian Oliver Maut Nahas Kapal Terbang Bersama Dua Anak

Faizal Hussein

Faizal Hussein Tak Pernah Pergi Gim Sepanjang Hidup Hanya Hadkan Nasi