in , ,

Pelakon Christian Oliver Maut Nahas Kapal Terbang Bersama Dua Anak

Pelakon Christian Oliver, bintang Speed Racer, serta dua anak perempuannya, Madita dan Annik, maut dalam nahas pesawat di Barat Kepulauan Petit Nevis. Pihak berkuasa lokal sedang menyiasat tragedi ini.

Pelakon Jerman terkenal, Christian Oliver, bersama dua anak perempuannya, Madita (10 tahun) dan Annik (12 tahun), dilaporkan terkorban dalam nahas pesawat ringan di perairan kepulauan Caribbean pada hari Khamis lalu.

Pesawat tersebut, yang membawa bintang filem seperti Speed Racer dan Valkyrie, berlepas dari Lapangan Terbang F Mitchell di Becquia, sebuah pulau kecil di St. Vincent dan Grenadines (SVG).

Pelakon Speed Racer, Christian Oliver Maut Nahas Kapal Terbang Bersama Dua Anak

Christian Oliver dan anak-anaknya dikatakan dalam perjalanan menuju ke pulau berhampiran, iaitu St Lucia, ketika pesawat itu mengalami kesukaran dan terhempas ke laut tidak lama selepas berlepas. Nahas tersebut juga meragut nyawa pemilik dan juruterbang pesawat, seorang lelaki Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Robert Sachs.

“Pesawat itu mengalami kesukaran tidak lama selepas berlepas dan terhempas ke laut,”

– Pegawai Penyiasat.

Laporan dan rakaman video orang awam yang berada di pesisir pantai menunjukkan pesawat dalam keadaan menjunam sebelum terhempas ke laut.

Pelakon Speed Racer, Christian Oliver Maut Nahas Kapal Terbang Bersama Dua Anak

Penyelam dan nelayan tempatan dari Ladang Paget di pulau kecil Bequia turut bergegas ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan, menurut kenyataan Polis Diraja SVG.

Christian Oliver, yang pernah menerima pujian untuk lakonannya dalam filem Sense8, Inspector George Gently, The Baby-Sitters Club, hingga Saved by the Bell: The New Class, dikenali sebagai seorang pelakon berbakat dalam industri perfileman Hollywood sejak tahun 1990-an hingga 2020-an.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NINOT

Penyair Ninot Aziz Bakal Cipta Sejarah, Puisi Bakal Diterbangkan Ke Bulan

FIZA MENINGGAL

Jenazah Fiza Kamarudin Selamat Dikebumikan di Raudhatul Sakinah