in , ,

HONOR Malaysia Bakal Lancar Tiga Produk Serentak Pada Pelancaran 20 Julai 

HONOR Malaysia bakal lancar tiga produk serentak pada Pelancaran 20hb Julai – HONOR 90, HONOR 90 Lite & HONOR Pad X9. Penciptaan semula teknologi telefon pintar dan tablet kelas pertengahan yang mengagumkan

Masanya hampir tiba, HONOR Malaysia bersiap sedia untuk melancarkan Siri HONOR 90 yang dinanti-nanti rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, majlis tersebut juga bakal menyaksikan pelancaran serentak HONOR 90 Lite dan tablet HONOR Pad X9.

Memenuhi pelbagai kehendak pencinta teknologi seluruh dunia, HONOR fokus untuk membawakan kecanggihan teknologi dan ciri-ciri inovatif yang menentukan semula definisi kelas pertengahan bagi telefon pintar dan tablet di pasaran. Siri HONOR 90 bakal diperkenalkan bersama dua model lain, dan HONOR Pad X9 menjadi tablet keempat yang diperkenalkan di Malaysia, sekaligus memberi pilihan kepada pengguna tempatan.

HONOR Malaysia Bakal Lancar Tiga Produk Serentak Pada Pelancaran 20 Julai

Fakta mengenai tiga model HONOR yang anda perlu tahu:

HONOR 90 – Menawan hati rakyat Malaysia dengan Revolusi Fotografi

Salah satu ciri-ciri paling menyerlah HONOR 90 adalah kehebatan kamera utama super sensitif 200 mega piksel. Revolusi teknologi kamera ini menjanjikan rakaman yang menakjubkan, imej berkualiti tinggi, melangkaui batas fotografi telefon pintar. HONOR 90 turut dibanggakan oleh skrin perlindungan mata dengan pengaturan cahaya tanpa risiko, memastikan pemandangan yang selesa tanpa masalah visual.

HONOR 90 Lite – Peneman Seba Boleh

Sementara itu, HONOR 90 Lite dimegahkan oleh Kamera Utama belakang 100MP, Paparan Tanpa Bucu 6.7 inci, dan ciri-ciri maju lain yang dapat memenuhi kehendak pencipta kandungan. Dengan kehebatan keupayaan kamera dan ciri-ciri yang canggih, HONOR 90 Lite memberi kuasa kepada pengguna merakam pemandangan landskap yang mengasyikkan dan potret swafoto yang menawan.

HONOR Pad X9 – Hiburan Terbaik dengan Keanggunan 

Tablet HONOR Pad X9 menawarkan kehebatan prestasi audio dan keupayaan ruang penstoran yang mengagumkan, menjadikannya sesuai untuk produktiviti kerja dan hiburan di mana-mana sahaja. HONOR Pad X9 juga menawarkan pengalaman visual yang lancar dan bateri kekal lama ketika berada dalam apa jua aktiviti tanpa henti termasuk bermain game. 

Pelancaran Siri HONOR 90 Hampir Tiba!

Ikuti pelancaran Siri HONOR 90 secara langsung pada 20 Julai 2023 jam 8 malam. Anda pasti tidak mahu ketinggalan menyaksikan pelancaran yang akan disiarkan di Facebook HONOR Malaysia kerana anda berpeluang memenangi hadiah misteri. Untuk maklumat lanjut dan yang terkini tentang Siri HONOR 90 boleh layari laman sesawang rasmi di https://bit.ly/HONOR90SeriesPR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem ‘Cult Classic’ RAHSIA Versi Reboot Bakal Ditayangkan 10 Ogos Ini!  

Sheila Mambo Cerita Detik Seram Anak Patung Menangis Siang Malam