in , ,

Sheila Mambo Cerita Detik Seram Anak Patung Menangis Siang Malam

Setiap orang pasti punyai memori zaman kanak-kanak terutamanya yang gemar bermain anak patung!

Hal sama berlaku kepada pelakon Sheila Mambo yang sebenarnya berdepan pengalaman seram memiliki anak patung yang boleh menangis.

Kata Sheila, kejadian yang berlaku sekitar 15 tahun lalu benar-benar meninggalkan kesan kepadanya menyahut hantaran di Instagram Nabila Huda.

“Mader (panggilan Sheila kepada Nabila Huda) tak takot. Pernah ada incident di rumah, ada toy anak patung yang ada suara nangis or ketawa kalau ditekan perut suara-suara akan keluar.

“Tapi tiba-tiba suddenly malam dengar suara nangis, I abaikan.

“Esok tu siang bunyi yang nangis.. Still I dont bother. Next few days something happen, so i took the doll buang jer.

“Mula-mula ingat she will be back at home, tapi cam ok jer that was 15 years ago,” ceritanya.

Biarpun rasa seram namun Sheila percaya pada kuasa Allah yang lebih besar.

I know how u rasa, but I tak takut. Merasa gak seram but again I yakin dengan Allah SWT ada, kita yang salah sebab open the gate (such as having those prohibited things),” ujarnya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR PAD

HONOR Malaysia Bakal Lancar Tiga Produk Serentak Pada Pelancaran 20 Julai 

Selangor Perkasa Pendidikan, Israk Solutions Suntik Sinergi