in , ,

Filem ‘Cult Classic’ RAHSIA Versi Reboot Bakal Ditayangkan 10 Ogos Ini!  

Diarahkan oleh Shamyl Othman, anak kepada pengarah versi asal Rahsia, Othman Hafsham

Filem seram pertama yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7) serta membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada tahun 1987, RAHSIA bakal tampil semula dengan versi reboot. Diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Five Star Trading, filem ini dijadualkan tayangan di pawagam seluruh negara bermula 10 Ogos ini. 

Filem ‘Cult Classic’ RAHSIA Versi Reboot Bakal Ditayangkan 10 Ogos Ini!

Rahsia, sebuah filem seram ikonik arahan Othman Hafsham telah berjaya melakar fenomena suatu masa dulu sekali gus mengangkat beliau sebagai Pengarah Terbaik FFM7. Legasi beliau diteruskan oleh anaknya, Shamyl Othman yang kini diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem reboot Rahsia. Shamyl sebelum ini menghasilkan filem kegemaran ramai ‘Kami Histeria’ dan drama bersiri ‘Kau VS Aku’.  Manakala skrip adalah hasil oleh Creator drama premium One Cent Thief, Alfie Palermo. 

Filem ‘Cult Classic’ RAHSIA Versi Reboot Bakal Ditayangkan 10 Ogos Ini!

Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular. Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim. Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester

Filem ‘Cult Classic’ RAHSIA Versi Reboot Bakal Ditayangkan 10 Ogos Ini!

Penerbit Eksekutif Rahsia merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Selepas filem aksi Polis Evo 3, Astro Shaw bakal mempersembahkan sebuah lagi filem terbaru dengan genre seram iaitu Rahsia. Ini merupakan julung-julung kali filem seram tempatan dikembalikan semula dalam versi reboot. 

Kami memilih Rahsia kerana filem ini adalah sebuah karya ‘cult classic’ yang mempunyai pengikutnya tersendiri. Kejayaannya dalam melakar fenomena pada tahun 1987 bukan sekadar memberi impak pada penonton, tetapi juga pada landskap industri perfileman negara apabila menjadi filem seram pertama yang diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia. Bahkan kami percaya jalan ceritanya masih relevan sehingga kini.”

“Mungkin generasi baru tidak begitu mengetahui tentang filem Rahsia 1987, jadi kami berharap kehadiran versi reboot ini dapat mencipta satu lagi sejarah baru. Apatah lagi filem tempatan jarang diangkat untuk dijadikan filem reboot berbanding filem-filem dari negara luar. Kami tidak berniat untuk menyaingi filem yang asal tetapi ini adalah satu bentuk penghargaan terhadap karya-karya terbaik Malaysia dan kami berusaha untuk tidak mengecewakan penggemarnya.” 

Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful. Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik. Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan. Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.

Filem ‘Cult Classic’ RAHSIA Versi Reboot Bakal Ditayangkan 10 Ogos Ini!

Rahsia membawa tagline ‘Dia Takkan Pergi’. Manakala, lagu bertajuk ‘Alunan Lara’ adalah lagu tema rasmi Rahsia dan dinyanyikan oleh Njwa. Njwa juga merupakan komposer dan lirik untuk lagu edaran Rocketfuel Entertainment ini. 

Filem ‘Cult Classic’ RAHSIA Versi Reboot Bakal Ditayangkan 10 Ogos Ini!

Istimewa buat peminat dan penonton, boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 9 Ogos dengan tayangan pertama bermula 8.00 malam.

Sertai peraduan filem Rahsia di platform sosial media Astro Shaw dan Astro Gempak bermula 10 Ogos 2023 untuk menangi hadiah eksklusif. Ikuti Broadcast Channel Astro Shaw untuk dapatkan info dan kata petunjuk. 

Nantikan filem Rahsia yang akan menemui penonton 10 Ogos 2023 di pawagam seluruh negara. Gunakan #Rahsia #Rahsia2023 untuk berkongsi video atau ciapan di media sosial. Ikuti info dan klip-klip menarik Rahsia di Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Filem ‘Cult Classic’ RAHSIA Versi Reboot Bakal Ditayangkan 10 Ogos Ini!

MEMPERSEMBAHKAN SEBUAH PRODUKSI

PRESENT A PRODUCTION BY

Tajuk : Rahsia

Title                 : 

Genre : Seram 

Genre                                                     : Horror 

Dipersembahkan oleh : Astro Shaw Sdn Bhd, Five Star Trading Sdn Bhd

Presented by : 

Penerbit Eksekutif : Raja Jastina Raja Arshad

Executive Producer  : 

Penerbit Eksekutif Bersama : Garuna Murthee

Co-Executive Producer : 

Syarikat Produksi : Kuman Pictures

Production Company : 

Penerbit : Alfie Palermo, Siti Marzuliana Marzuki

Producers : 

Penerbit Bersekutu : Luqman Sheikh Ghazali, Amir Muhammad, Elise Shick 

Associate Producer : 

Penerbit Penyelaras : Amirr Shahlen 

Line Producer

Pengarah :Shamyl Othman

Director : 

Skrip                            : Alfie Palermo

Script : 

Lakon Layar : Alfie Palermo 

Screenplay : 

Pengarah Fotografi : Tan Teck Zee 

Cinematographer : 

Penyunting : Razaisyam Rashid, Zan Mazlan

Editor : 

Pengarah Seni : Saiful Zahairie Zainuddin

Art Director : 

Kesan Visual :Bolt Studios Sdn Bhd

Visual Effect : 

Skor Muzik :Reinchez NG

Music Score : 

Penata Bunyi :Mohsin Othman

Sound Design : 

Pereka Busana :Norzamri Mohd Ghazali

Styling Designer : 

INFO FILEM

Movie Details

Bahasa : Bahasa Malaysia

Language :  Malay

Durasi Filem :90 Minit

Running Time : 90 Minutes

Lokasi Penggambaran : VIP Bungalow, Pulau Carey; Hatter’s Castle, Pulau Carey; Pantai Teluk Cempedak, Kuantan; Tanah Perkuburan Pantai Sepat, Kuantan;

Shooting Location 

Jumlah Hari Penggambaran : 27 Hari 

Days of Shooting : 27 Days

Tarikh Tayangan di Pawagam : 10Ogos 2023

Release date in cinemas : 10th August 2023

BARISAN PELAKON

Nabila Huda as Ramlah

Fikry Ibrahim as Hamdan

Eman Manan as Tan Sri Karim

Qistina Raisah as Marina

Syed Ali Murtadha as Saiful

Marsha Milan Londoh as Melor

Rashidi Ishak as Young Tan Sri Karim

Nu’man Salleh as Pak Salleh

Iris Alessandra Alyssa as Young Ramlah

Mislina Mustaffa as Che Yah

Nabil Zakaria as Bob

Aloy Paradoks as Inspektor Hanif

Suhaid Mustakim Yahya as Sarjan Azam

Othman Hafsham as Ustaz Firdaus

Special Appearance

Susan Lankester as Datin Mary

OFFICIAL SOUNDTRACK

Lagu : Alunan Lara

Song : Alunan Lara

Artis : NJWA

Artist : NJWA

Komposer : NJWA

Composer : NJWA

SINOPSIS 

Synopsis

Bahasa Melayu

RAMLAH, seorang suri rumah tangga, pulang bercuti ke rumah ayahnya TAN SRI KARIM sempena ulangtahun kelahiran beliau, bersama-sama suaminya HAMDAN, seorang pensyarah, serta dua anak kecil mereka, MARINA dan SAIFUL. Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila anaknya Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Yang anehnya, Ramlah seorang sahaja yang melihat Saiful diculik oleh kelibat seorang wanita yang hodoh lagi menggerunkan. 

Pihak polis yakin bahawa Saiful mungkin hilang di persisiran pantai namun Ramlah berkeras bahawa anaknya diambil orang. Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi mencari dan menyelamat, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan itu. Namun suaminya, Hamdan langsung tidak mempercayai kata-kata Ramlah, dan menganggap segalanya cuma halusinasi akibat tertekan dengan kehilangan Saiful serta keadaan ayah Ramlah yang sakit tenat.  

Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut, dan merungkai rahsia disebalik kehilangan anaknya itu. 

English

Ramlah, a housewife and her husband Hamdan, along with their two children, Marina and Saiful, return to Ramlah’s childhood home to celebrate her father, Tan Sri Karim’s birthday. While on picnic, the leisurely trip takes a tragic turn when Ramlah sees a mysterious figure abduct Saiful before disappearing. 

Shortly after, Ramlah begins encountering unexplained hauntings in the house. She hears strange noises, but is unable to detect their source. However, her husband doesn’t believe her and chalks up Ramlah’s sightings to stress due to their missing son.  

The mysterious hauntings and her missing son take their toll on Ramlah’s sanity as well as her marriage. But time and time again, clues lead her to believe that Saiful is close and still alive, as she races against time to find him before it’s too late. 

-Tamat-

-End-

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Realme 11 Pro 5G Dilancar di Malaysia dengan Storan Terbesar dalam Segmen Harganya

HONOR PAD

HONOR Malaysia Bakal Lancar Tiga Produk Serentak Pada Pelancaran 20 Julai